PU Syed Tenang Sahaja Bila Kena Kecam Selepas Menjawab Kenyataan Deborah Henry

PU Syed Tenang Sahaja Bila Kena Kecam Selepas Menjawab Kenyataan Deborah Henry

PU Syed Tenang Sahaja Bila Kena Kecam Selepas Menjawab Kenyataan Deborah Henry

Semalam berakhirnya Pertandingan Miss Universe 2021 di mana Miss Mexico iaitu Andrea Meza telah berjaya menewaskan 73 peserta yang lain.

Walaupunbagaimanapun, rakyat Malaysia begitu bangga dengan peserta dari Malaysia, Francisca Luhong James kerana melakukan yang terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.

Dalam pada itu, di laman Instagram, seorang bekas ratu cantik Malaysia iaitu Deborah Henry semalam mempersoalkan  kenapa wanita Islam di Malaysia tidak dibenarkan menyertai pertandingan tersebut.

 

“Mengapa muslim di Malaysia tidak boleh menyertai Miss Universe? Jika ia berkaitan pemakaian bikini, mereka boleh memakai  pakaian renang yang bertutup penuh.

“Bukankah itu penyelesaian kepada fatwa. 2021! Sudah tiba masanya semua wanita dapat mewakili Malaysia di pentas Miss Universe,”- tulisnya di Instagram.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita berusia 35 tahun seperti disambut baik oleh peminatnya termasuklah di kalangan selebriti. Di ruangan komen, Deborah turut berkata, wanita di Malaysia mempunyai hak untuk diri mereka untuk menyertai pertandingan ini.

“Ya, ini bukan tentang Islam semata-mata, tetapi mencari solusi bagaimana kita dapat menavigasi ini agar boleh disertai untuk semua wanita. Jadi wanita pada akhirnya boleh  menjadi Muslim, memilih untuk menutup tubuh  dan memilih untuk menyertainya dan mewakili Malaysia sebagai wanita yang tertutup atau tidak tertutup. Pilihannya!”

PU Syed Tampil Jawab Persoalan

Dalam pada itu, PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya meninggalkan komen ringkas untuk menjawab persoalan ini. Juara Pencetus Ummah Musim Ke3 itu menulis ia ‘haram’ di ruangan komen Instagram Deborah.

Tidak menjelaskan secara terperinci, komen dari PU Syed ini tak pasal-pasal mendapat kecaman dari netizen dengan menggelarkannya sebagai penunggang agama.

Pengasan rangkaian Produk Teen ini tidak cepat melatah dengan kecaman netizen tersebut, malah mengajak ziarah Instagramnya untuk menegur manusia yang salah.

Untuk info dari Harakah Daily, di Selangor, fatwa berbunyi ‘Adalah haram bagi wanita Islam menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik’ telah diwartakan pada 11 Mei 1995. Pada 1997, dua peserta pertandingan Miss Malaysia Petite telah dikenakan denda oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur. Mereka didakwa di bawah Seksyen 9 Akta Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa RM3,000 atau dua tahun penjara maksimum jika sabit kesalahan.-Murai

PU Syed Tenang Sahaja Bila Kena Kecam Selepas Menjawab Kenyataan Deborah Henry


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


[VIDEO] Pertandingan Ratu Cantik Lembu Jadi Tarikan Umum..Cute Pulak Tengok.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker