Benarkah AI berupaya mencabar ciptaan Tuhan?

Benarkah AI berupaya mencabar ciptaan Tuhan?
Benarkah AI berupaya mencabar ciptaan Tuhan? Dianggap boleh menyelesaikan semua masalah manusia.

AI mencabar keupayaan manusia

Baidu, robot yang dicipta dengan kecerdasan buatan (AI) oleh sekumpulan penyelidik China. Kemampuannya cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa kagum. Ia bukan sahaja boleh berinteraksi dengan baik, malah ia juga boleh menunjukkan emosi dan menyelesaikan banyak tugasan.

Antara tugasan yang diberikan bagi menguji kemampuannya adalah mengenalpasti ketepatan suara lima puluh orang peserta koir, mengenalpasti wajah sekumpulan pelajar melalui gambar ketika mereka masih kecil, dan banyak lagi tugasan yang diluar jangkauan akal untuk diselesaikan.

Semua dapat diselesaikan dengan mudah. Ia seperti Jarvis di dalam filem Iron Man iaitu AI kepunyaan Tony Stark. Ternyata keupayaan teknologi AI begitu menakjubkan dan diluar keupayaan manusia.

Di Jepun contohnya, sebuah negara yang cukup tersohor dengan teknologi AI telah berjaya mencipta teknologi yang mampu membaca fikiran manusia. Bahkan lebih membuatkan kita berasa kagum ia mampu mencari planet asing di luar angkasa, mengetahui niat seseorang yang ingin membunuh diri, mengesan Alzheimer sepuluh tahun sebelum gejala berlaku, dan terlalu banyak lagi kemampuan yang boleh dilakukan oleh AI.

Benarkah AI berupaya mencabar ciptaan Tuhan?

Justeru itu tokoh-tokoh terkemuka seperti Stephen Hawking, dan Elon Musk berasa khuwatir dengan perkembangan AI. Pada mereka AI akan berkembang sampai titik di mana AI telah mencapai True Sentience.

Ketika hal ini terjadi, AI bukan lagi sebuah mesin, melainkan makhluk yang dapat berfikir, atau memberi pendapat. Ketika itu berlaku, kita sudah tidak mampu lagi mengawal mereka sehingga segala keputusan yang mereka perbuat adalah diluar keupayaan manusia.

Benarkah AI berupaya mencabar ciptaan Tuhan?
Baidu robot AI buatan China yang mampu melakukan apa juga tugas

Untuk memahami tentang apa itu kecerdasan buatan (AI) menurut Prof. Madya Dr. Nurfadhlina Mohd Sharef, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malayasia (UPM) ia adalah suatu cabang sains komputer yang menekankan kepada pembentukan mesin pintar yang berfungsi seperti manusia.

Ia juga boleh ditakrifkan sebagai simulasi kepintaran manusia. Pembangun atur cara yang mempunyai fitur AI pada kebiasaannya akan melengkapkan atur cara tersebut dengan pengetahuan, penaakulan, penyelesaian masalah, persepsi, pembelajaran, pemanipulasian dan perancangan.

Kejuruteraan pengetahuan merupakan bahagian paling utama di dalam penyelidikan AI. Mesin boleh bertindakbalas seperti manusia sekiranya ia mempunyai banyak maklumat tentang dunia sekitarnya. Maklumat yang digunakan termasuklah capaian kepada objek, kategori, sifat dan perhubungan.

Permodelan maklumat ini merupakan metafor cara otak menaakul sesuatu hal. Jadi, kebolehan perisian AI menaakul sesuatu fakta memerlukan kuasa pengkomputeran yang besar dan laju kerana proses ini mencabar dan memerlukan tenaga yang banyak.

AI juga menjadi tonggak utama

AI juga menjadi tonggak utama yang dapat meningkatkan kecekapan pemprosesan, membolehkan pengoptimuman sumber serta membekalkan maklumat dan bukti sokongan pembuatan keputusan.

Sebagai contoh, perisian ramalan cuaca merupakan pegangan utama banyak pihak di dalam merancang pengorganisasian sesuatu program. Ia juga dirujuk oleh orang ramai bagi merancang aktiviti seharian.

Perisian ramalan cuaca dibangunkan dengan teknik AI yang mempelajari rekod cuaca di dalam suatu jangkamasa yang panjang. Corak rekod tersebut dari segi selang masa yang bersesuaian dikenalpasti dan profil setempat yang berkaitan juga dibangunkan.

Setelah profil corak diperkemas, rekod cuaca tersebut dipelajari oleh teknik AI yang akan mengeluarkan output permodelan cuaca. Ramalan cuaca merupakan hasil pengujian rekod baru ke atas model cuaca yang telah dihasilkan tadi.

Konsistensi pencapaian model tersebut diuji untuk jangkamasa tertentu bagi memastikan model yang dihasilkan cukup bijak di dalam mengenali corak rekod cuaca.

Sekiranya keputusan ramalan berterusan memberikan pencapaian yang buruk dan ramalan salah, model tersebut akan diperbaiki dengan memasukkan rekod baru dan teknik AI yang digunapakai akan diubah.

Kelebihan AI kepada manusia

Berkongsi pula tentang kelebihan robot AI kepada manusia, ia juga merupakan salah satu pelopor kemajuan AI yang memberi keuntungan kepada manusia.

Pada awal perkembangan pencapaian penyelidikan robot, terdapat kontroversi di dalam cabang AI ini, terutamanya pembentukan robot yang menyerupai manusia.

Terdapat pelbagai jenis robot yang telah dicipta dan dilengkapi dengan pelbagai fitur. Antara robot yang banyak dibeli adalah robot bagi membantu urusan seharian seperti robot pengemas rumah.

Siri juga merupakan robot yang berjenis perbualan (chatbot). Robot juga banyak digunakan di dalam bidang industri mekanikal kerana keupayaannya bekerja tanpa rasa letih serta konsistensi di dalam perbuatannya.

Benarkah AI berupaya mencabar ciptaan Tuhan?
Adakah AI mampu menandingi

Di Malaysia perkembangan AI tidak banyak ketinggalan berbanding di negara luar. Walaupun produksi hasil penyelidikan AI kurang kuantiti berbanding di negara maju lain, pemfokusan penyelidikan dan penerimaan masyarakat di dalam AI adalah memuaskan.

Malaysia juga kini dikenali sebagai negara pertama di dunia yang menghasilkan steteskop pintar yang mempunyai kemampuan menganalisa rekod kesihatan seseorang dan memberi amaran kepada penggunanya dengan membandingkan data pengguna tersebut berbanding data purata pengguna lain.

Konflik AI dengan manusia

Pun begitu berlaku konflik antara manusia dengan AI antaranya melibatkan kesan buruk AI di dalam menggantikan manusia sebagai sumber tenaga buruh.

Ada juga mengatakan ia akan menyebabkan keselamatan individu terganggu, dengan pergantungan kepada perisian bagi membuat keputusan mengenai cara mengawal keselamatan kawasan.

Bahkan dalam salah satu penerbitan di dalam World Economic Forum turut membincangkan mengenai isu etika berkaitan AI yang menyentuh kepada isu kehilangan pekerjaan, hak saksama pengagihan harta setelah kebergantungan ekonomi berdasarkan mesin, kesan mesin kepada perikemanusiaan setelah permodelan perilaku dan interaksi manusia, kebodohan buatan: menghalang daripada kesilapan, robot pilih kasih perkauman, keselamatan, perbuatan buruk, hak robot dan kebijakan berbanding robot.

Isu etika yang dikupaskan ini memberi peringatan mengenai keperluan kewaspadaan dalam menghasilkan mesin yang pintar, bersesuaian dengan ancaman yang mungkin diwujudkan.

Namun begitu perlu ditekankan bahawa pencapaian dan kebergantungan kepada perisian AI ini adalah berdasarkan tahap lengkapnya pengetahuan yang diterima oleh atur cara AI tersebut. Ini menandakan penglibatan manusia dalam memodelkan dan menghasilkan perisian yang lebih baik tidak akan berakhir, dan bermaksud penggantian seratus peratus manusia oleh mesin mungkin tidak akan berlaku.

Benarkah AI berupaya mencabar ciptaan Tuhan?
Manusia tetap ciptaan terbaik dan lebih hebat dari robot

Tambahan pula, keupayaan simulasi robot yang berkeupayaan seperti manusia akan terhad memandangkan robot memerlukan penggantian alat sesuai dengan tahap penggunaannya.

Pokoknya, keupayaan manusia tidak akan sekali-kali mampu menandingi keesaan Allah S.W.T.

Pada masa yang sama, umat Islam tetap digalakkan untuk menyumbang di dalam mengembangkan penghasilan kajian AI kerana pengetahuan ini akan meningkatkan keimanan kerana menyedarkan manusia akan kekurangan mereka.

Kepintaran manusia juga diperlukan bagi memastikan hasil teknologi tidak akan bertindak menghancurkan manusia pula. Bahkan mengawal kecerdasannya agar tidak melampaui batas. Wallahu a’lam Utv

Benarkah AI berupaya mencabar ciptaan Tuhan? Dianggap boleh menyelesaikan semua masalah manusia.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NET


Kajian membuktikan inilah manfaat waktu pagi kepada manusia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker