Michael Ang Teruk Kena Kecam Sebab Isu Palestin
Michael Ang Teruk Kena Kecam Sebab Isu Palestin
Pengarah dan Pelakon, Michael Ang dikecam hebat oleh angkatan netizen Malaysia berikutan pesanannya mengenai isu ketegangan yang berlaku di Palestin. Dalam hantaran yang dikeluarkan oleh Michael Ang semalam (16 Mei), dia menggesa masyarakat seluruh dunia untuk bersatu menghentikan peperangan yang berlaku antara Palestin & Israel.
Sementara itu, dalam tulisan asalnya juga dia berpesan supaya jangan menyebelahi mana-mana pihak. Menurutnya, apa yang penting keganasan ini lebih utama dihentikan.
Gara-gara kenyataannya menyebut ‘jangan menyebelahi mana-mana pihak‘, rata-rata netizen menuduh Michael tidak membuat kajian sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut. Netizen menegur Michael supaya faham sejarah terhadap apa yang berlaku kepada Israel dan Palestin. Malah mereka menegur Michael supaya menyebelahi umat Islam iaitu Palestin dalam isu ini.
Netizen Salah Faham, Michael Betulkan Kenyataannya!
Bagi mengelakkan kekeliruan, Michael tampil membuat penjelasan tentang kenyataannya yang dibuat dalam Bahasa Inggeris. Dalam hantaran terbaru, Michael terpaksa menterjemahkan kenyataannya dalam bahasa Melayu dan membetulkan salah faham yang berlaku di kalangan netizen.
Bagi mengelakkan kekeliruan, Michael tampil membuat penjelasan tentang kenyataannya yang dibuat dalam Bahasa Inggeris. Dalam hantaran terbaru, Michael terpaksa menterjemahkan kenyataannya dalam bahasa Melayu dan membetulkan salah faham yang berlaku di kalangan netizen.
Rupanya, netizen yang kurang faham terhadap apa yang ditulis oleh Michael. Michael akui kesilapannya kerana tidak menulis dengan lebih terperinci terhadap kenyataan yang dia cuba sampaikan. Dia cuba menjelaskan bahawa, negara-negara berkuasa tidak sepatutnya menyebelahi mana-mana pihak dalam isu Palestin dan Israel.
Tak pasal-pasal kena kecam! Dalam isu ini, Murai MY merasakan netizen Malaysia terlalu sensitif dengan isu melibatkan ketegangan yang berlaku di Palestin. Yang penting kita tahu niat Michael adalah untuk menghentikan peperangan dan mencari kedamaian dalam dunia.-Murai
Michael Ang Teruk Kena Kecam Sebab Isu Palestin
Baca Artikel Menarik
- ‘Hari Nakbah Palestin’ – Malapetaka Besar Buat Umat Islam
- Resepi Grill Salmon Bersama Sos Putih
- Seleweng dana Aid4Palestine: Buat laporan jika ada bukti saya , kata anak Hadi
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Media negara asing sudah mula cari pasal dengan Malaysia – Najib
Layari Laman Facebook My KMU NeT
Michael Ang: “Bagi Penawar Bising Pulak… Pelik Sungguh Manusia!”
You must be logged in to post a comment.