Erdogan ajak Pope Francis tentang keganasan Israel

Erdogan ajak Pope Francis tentang keganasan Israel. Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan mengajak pemimpin utama Kristian Katolik Pope Francis untuk sama-sama bersatu menentang kekejaman Israel terhadap warga Palestin.

Erdogan berkata, dalam satu panggilan telefon, beliau menyatakan kepada pemimpin Vatican tersebut bahawa serangan yang dilakukan oleh Israel bukan semata-mata kekejaman terhadap rakyat Palestin beragama Islam tetapi juga terhadap umat Kristian.

“Pada perbualan telefon itu, saya menyatakan bahawa terdapat kekejaman di Palestin, dan bahawa serangan Israel bukan hanya terhadap orang Palestin tetapi semua umat Islam, Kristian dan umat manusia.

“Saya menekankan bahawa penjajah Israel, yang menghalang untuk masuk ke dalam masjid dan gereja membatasi kebebasan beribadah dan membunuh orang awam yang tidak bersalah di tanah Palestin, juga menghina kehormatan umat manusia,” kata Erdogan dalam satu kenyataan.

Justeru pemimpin Turki itu mengajak Pope Francis bersama dengan seluruh umat manusia bersatu melawan Israel.

Tambahan menurut Erdogan, dalam keadaan sekarang dunia tidak dapat bergantung dengan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menangani isu tersebut.

“Saya menyatakan bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak dapat menunjukkan kesedaran yang diperlukan.

“Saya meremehkan bahawa mesej dan reaksi yang mereka akan terus berikan mengenai perkara ini, justeru sangat penting dalam mengaktifkan dunia Kristian dan masyarakat antarabangsa,” kata Erdorgan. SM

Erdogan ajak Pope Francis tentang keganasan Israel


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

Israel kalah dalam perang di TikTok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker