Michael Ang Teruk Kena Kecam Sebab Isu Palestin

 

Michael Ang Teruk Kena Kecam Sebab Isu Palestin

Pengarah dan Pelakon, Michael Ang dikecam hebat oleh angkatan netizen Malaysia berikutan pesanannya mengenai isu ketegangan yang berlaku di Palestin. Dalam hantaran yang dikeluarkan oleh Michael Ang semalam (16 Mei), dia menggesa masyarakat seluruh dunia untuk bersatu menghentikan peperangan yang berlaku antara Palestin & Israel.



Sementara itu, dalam tulisan asalnya juga dia berpesan supaya jangan menyebelahi mana-mana pihak. Menurutnya, apa yang penting keganasan ini lebih utama dihentikan.

View this post on Instagram



A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Gara-gara kenyataannya menyebut ‘jangan menyebelahi mana-mana pihak‘, rata-rata netizen menuduh Michael tidak membuat kajian sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut. Netizen menegur Michael supaya faham sejarah terhadap apa yang berlaku kepada Israel dan Palestin. Malah mereka menegur Michael supaya menyebelahi umat Islam iaitu Palestin dalam isu ini.



Netizen Salah Faham, Michael Betulkan Kenyataannya! 

Bagi mengelakkan kekeliruan, Michael tampil membuat penjelasan tentang kenyataannya yang dibuat dalam Bahasa Inggeris. Dalam hantaran terbaru, Michael terpaksa menterjemahkan kenyataannya dalam bahasa Melayu dan membetulkan salah faham yang berlaku di kalangan netizen.

Bagi mengelakkan kekeliruan, Michael tampil membuat penjelasan tentang kenyataannya yang dibuat dalam Bahasa Inggeris. Dalam hantaran terbaru, Michael terpaksa menterjemahkan kenyataannya dalam bahasa Melayu dan membetulkan salah faham yang berlaku di kalangan netizen.

Rupanya, netizen yang kurang faham terhadap apa yang ditulis oleh Michael.  Michael akui kesilapannya kerana tidak menulis dengan lebih terperinci terhadap kenyataan yang dia cuba sampaikan. Dia cuba menjelaskan bahawa, negara-negara berkuasa tidak sepatutnya menyebelahi mana-mana pihak dalam isu Palestin dan Israel.

Tak pasal-pasal kena kecam! Dalam isu ini, Murai MY merasakan netizen Malaysia terlalu sensitif dengan isu melibatkan ketegangan yang berlaku di Palestin. Yang penting kita tahu niat  Michael adalah untuk menghentikan peperangan dan mencari kedamaian dalam dunia.-Murai



Michael Ang Teruk Kena Kecam Sebab Isu Palestin

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT



Michael Ang: “Bagi Penawar Bising Pulak… Pelik Sungguh Manusia!”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker