Ancaman Israel: PDRM pertingkat kawalan keselamatan

Ancaman Israel: PDRM pertingkat kawalan keselamatan - KPN
Ancaman Israel: PDRM pertingkat kawalan keselamatan – KPN. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dan mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terjamin.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata PDRM memandang serius ancaman keselamatan yang dikeluarkan oleh Israel terhadap pemimpin pergerakan perjuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“PDRM akan terus mengambil langkah-langkah perlu untuk meningkatkan tahap kawalan keselamatan daripada semua aspek,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PDRM akan terus memantau isu itu dari semasa ke semasa bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.



Sehubungan itu, Acryl Sani menasihati orang ramai agar bertenang.

Semalam, tular di media sosial mengenai pergerakan perisikan Israel yang didakwa akan menghapuskan pemimpin pejuangan Palestin yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bernama

Ancaman Israel: PDRM pertingkat kawalan keselamatan – KPN


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT



Israel arahkan ejen perisikan serang Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker