Khairul Aming Bantu Rakyat Palestin, Sumbang 10 Ribu Dari Untung Sambal Nyet Berapi

 

Khairul Aming Bantu Rakyat Palestin, Sumbang 10 Ribu Dari Untung Sambal Nyet Berapi

Siapa sahaja yang tak kenal dengan Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman, seorang selebriti masakan yang popular dengan pelbagai video masakan.



Derma 10 ribu dari hasil jualan

Baru-baru ini, Khairul Aming memaklumkan di laman Twitter bahawa sebahagian hasil jualan Sambal Nyet akan disumbangkan kepada warga Palestin.

Kenyataan tersebut disampaikan oleh beliau ketika membuat posting mengenai waktu jualan Sambal Nyet dalam aplikasi Shopee.

Difahamkan, selebriti media sosial itu terasa terpanggil untuk memberikan sumbangan setelah melihat keadaan di Palestin yang tidak henti diserang oleh pihak Zionis.



Selain itu, Khairul Aming dilihat turut memuat naik gambar resit yang tertera RM10,000 sebagai bukti sumbangan beliau melalui Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih sehingga 10.5K retweets dengan 21.1K likes daripada pengguna-pengguna di Twitter.

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata netizen memuji usaha murni Khairul Aming yang tidak lupa untuk memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di Palestin.



Bahkan, ramai yang turut mendoakan agar Khairul Amingdimurahkan rezeki dan bersyukur apabila hasil pembelian mereka didermakan untuk tujuan kebaikan.

Berikut merupakan komen netizen atas usaha murni beliau..



Sumber: Twitter Khairul Aming

Khairul Aming Bantu Rakyat Palestin, Sumbang 10 Ribu Dari Untung Sambal Nyet Berapi

 


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT

 

[VIDEO] Kan Dah Kena ….Gara-Gara Nak Try Masak Resipi Khairul Aming ..Gadis Ini Dah Kena Bebel Dek Ibunya 🤣🤣🤣



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker