Michael Ang: “Bagi Penawar Bising Pulak… Pelik Sungguh Manusia!”

“Salam semua! Cuba faham kan aku! Cannot brain orang yang tak nak ambik vaccine ni. Macam-macam la orang-orang Malaysia ni. Suruh pakai mask and haram kan diri pun susah! Ni dah nak bagi ubat penawar bising pulak. Lagi Cepat semua dot vaksin kan lagi cepat kita semua boleh jalani hidup macam biasa balik.

“Boleh kerja ada gaji! Pelik sungguh manusia! Atau Ada benda yang aku tak tahu ni? Sila jelaskan! Luv u all and stay safe and have a great weekend!” itulah kata pengarah, penerbit dan pelakon, Michael Ang yang meluahkan pendapat di laman media sosial Instagram miliknya.

Setelah hampir setahun menbendung penularan wabak Covid-19, kumpulan pertama bekalan vaksin Pfizer-BioNTech membabitkan 312,390 dos telah selamat tiba di Malaysia melalui pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang serta Johor dan Pulau Pinang pada 21 Feb lalu.

Image_2.jpg

Terbaru, pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) yang membawa bekalan vaksin Sinovac, dari China selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, jam 8.47 pagi tadi.

Penerbangan menggunakan pesawat MH319 itu membawa vaksin yang dihasilkan syarikat farmaseutikal di Beijing, Sinovac Biotech untuk diuruskan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global.

Image_3.jpg

Bagaimanapun, isu pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia ini telah menjadi perbualan hangat kalangan netizen selepas ada segelintir yang menolak untuk menerima vaksin tersebut.

Dalam entri tersebut, Michael berkata dia berasa kesal dengan segelintir sikap netizen yang menolak untuk menerima vaksin tersebut meski akan diberikan secara percuma oleh pihak kerajaan.

Meninjau pada bahagian komen, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat mereka mengenai hal tersebut. Dalam banyak-banyak komen, ada netizen yang bertanya apa beza antara pfizer dengan sinovac.

https://i0.wp.com/1.bp.blogspot.com/-5ssu-KTwZ5Y/YDosKzjo3DI/AAAAAAADDPE/y3gE7IlolII3zjK7Rq2a5XtmIkWEHBAvQCLcBGAsYHQ/s800/Image_4.jpg?w=780&ssl=1https://i0.wp.com/1.bp.blogspot.com/-hJyIFtQ6o6Y/YDosLEFMsbI/AAAAAAADDPI/zpbWJWKH49o5s8ym61iGbMl5EGXwF00AgCLcBGAsYHQ/s800/Image_5.jpg?w=780&ssl=1

 

https://i0.wp.com/1.bp.blogspot.com/-9q5SmTEKrJw/YDosLC6ykRI/AAAAAAADDPM/xiXKxhcnUcs2zM9PxO0XWigVndC7TOuGgCLcBGAsYHQ/s800/Image_6.jpg?w=780&ssl=1

https://i0.wp.com/1.bp.blogspot.com/-kVEvtMOGBUY/YDosLuK7Y0I/AAAAAAADDPQ/HRlLFI3nc-EqKXpk3YH3D7r6-NMP56bGgCLcBGAsYHQ/s800/Image_7.jpg?w=780&ssl=1

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg

Image_11.jpg

[VIDEO] Michael Ang Berang! Dituduh Pelakon ‘Extra’ Langgar SOP? “Kau Orang Yang Busuk Hati Tu Pergi Bersihkan Jiwa …”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker