[VIDEO] Michael Ang Berang! Dituduh Pelakon ‘Extra’ Langgar SOP? “Kau Orang Yang Busuk Hati Tu Pergi Bersihkan Jiwa …”

Pelakon, pengacara dan pengarah terkenal Michael Ang meluahkan rasa kecewa apabila terdapat dakwaan daripada pihak tertentu yang menuduh produksinya menjalankan penggambaran tidak mengikut standard operasi (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Hanya Di Kawasan Hotel 

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya semalam, Michael menegaskan bahawa mereka hanya menjalankan penggambaran di kawasan perkarangan hotel dan bukanlah di kawasan terbuka seperti yang didakwa. Malah dalam video itu, Michael turut menunjukkan bukti kawasan penggambarannya.



“Video Menjelaskan Kepada Penggiat-Penggiat Seni, Production Manager (PM) Malaysia, Persatuan-Persatuan Tersohor Malaysia Dan Produser-Produser Terkaya Malaysia Yang Menuduh Aku Tak Ikut SOP Sebab Shoot Outdoor Tanpa Memeriksa Atau Telefon Bertanya Kita, Dia Orang Terus Laporkan Dan Tularkan” Luahnya

Pelakon ‘Extra’ Sebarkan Gambar

“Haritu shoot kat sini (berdekatan salah satu pintu hotel), gambar itu diambil dari sini. “Nampak pagar putih itu, masa aku shoot ditutup selepas selesai penggambaran dah buka balik, shoot kat sini ya, dalam kawasan hotel, bukan di outdoor,” katanya di Instagram (IG).

Menerusi hantaran yang sama, penerbit drama Angkara Cinta ini juga memuatnaik sekeping foto pelakon tambahan lelaki yang dipercayai individu yang mengambil gambar dari kru nya dan sebarkan kepada pihak tertentu.

“Gambar Pakcik (Pelakon Tambahan) Tu Ada Orang Yang Minta Dari Runner Dan Sebarkan. Motif Dia Minta Gambar Pun Saya Tak Tahu… Sama Ada Orang Suruh Dia Buat Atau Tak, Aku Husnuzon Saja!” Dedah Michael

Difahamkan, berikutan penyebaran fitnah tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri telah meminta pasukannya untuk melakukan pemeriksaan di lokasi penggambaran tersebut di Meru, Ipoh.



“Yang Aku Paling Kasihan Adalah Pihak Ahmad Idham Yang Terpaksa Menyuruh Budak-Budak Dia Untuk Ke Ipoh Pada Hari Cuti Umum Untuk Soal Siasat Kita Benda Ni.

“Sudahlah Kau Orang Yang Busuk Hati Tu Pergi Dan Bersihkan Jiwa Kau Dan Cari Rezeki Yang Halal Bukannya Menutup Periuk Nasi Kawan-Kawan Kau Orang Dan Ahli Persatuan Kau Orang,” Tulisnya

 

View this post on Instagram

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)



Difahamkan, Michael sedang menyambung penggambaran drama bersiri Angkara Cinta yang terpaksa ditangguh disebabkan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti memohon agar Michael bersabar dengan tohmahan tersebut dan memintanya untuk lebih berhati-hati dengan pihak tertentu.

Sumber: Gempak & Murai



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker