Kenderaan keluar dari Kelantan meningkat sehingga 30% – PDRM
PETALING JAYA: Jumlah kenderaan yang keluar dari Kelantan menggunakan Jalan Gua Musang-Kuala Lipis meningkat sehingga 30% sejak semalam, kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo.
Beliau berkata, jumlah kenderaan rentas negeri itu kebanyakannya menuju ke Kuala Lumpur melalui jalan berkenaan, manakala laluan di Jalan Gua Musang-Cameron Highlands tidak banyak berubah.
Katanya, daripada pemantauan dilakukan sejak semalam di laluan berkenaan terdapat peningkatan kenderaan sebanyak 25% hingga 30%.
Sik berkata, bagaimanapun kesesakan jalan itu tidak kritikal kerana semua aliran trafik terkawal bermula di Jalan Gua Musang-Kuala Krai.
“Apapun, kita sentiasa meningkatkan kawalan dan pemeriksaan lebih ketat ke atas kenderaan yang melalui jalan itu,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, selain pemeriksaan ketat kebenaran rentas negeri, polis turut memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Najib tegur kerajaan perlu wajibkan kuarantin 14 hari dari semua negara
Dalam perkembangan lain, Sik berkata pihaknya juga mendapati penduduk semakin lalai dan tidak mematuhi SOP selepas sambutan Aidilfitri.
“Semalam empat kompaun termasuk dua tidak memakai pelitup muka dan dua lagi kompaun tidak mengimbas kod QR dikeluarkan dan polis tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran SOP,” katanya.
Terdahulu, beberapa gambar menunjukkan banyak kenderaan yang dikatakan melakukan perjalanan rentas negeri sehingga mengakibatkan kesesakan di Plaza Tol Gombak menghala ke ibu negara, tular di laman sosial sejak semalam.
Gambar itu memaparkan kesesakan di Lebuh Raya Karak turut mendapat kritikan warganet yang mempersoalkan mengapa begitu banyak kenderaan berada di atas jalan raya dalam tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Benci Israel, netizen ajak bagi ‘rating’ satu bintang pada aplikasi Waze
Baca Artikel Menarik
- ‘Kluster Kayangan’ didakwa langgar SOP lagi
- Resepi Mini Chicken Pot Pie
- Resepi Ikan Salmon Grill Lemon Butter Sauce
- Cuba lari dari pusat kuarantin, bila ‘kantoi’ beri alasan nak beli rokok
Layari Laman Facebook My KMU NeT
You must be logged in to post a comment.