Benci Israel, netizen ajak bagi ‘rating’ satu bintang pada aplikasi Waze

Benci Israel, netizen ajak bagi ‘rating’ satu bintang pada aplikasi Waze

Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin menjadi kutukan suluruh dunia tidak kurang juga di Malaysia apabila perkataan ‘koyak’ pula terkenal dan tersenarai dalam Urban Dictionary.

Malaysia antara yang memberi sokongan penuh dan solidariti terhadap Palestin termasuklah ‘tentera bawang’ atau netizen yang tidak henti menyerang laman Israel sekaligus turut memberi kesan kepada puak Zionis melalui #IsraelKoyak.

Bukan itu sahaja, kini tentera bawang Malaysia mula mengajak seluruh rakyat negara ini untuk memberi penilaian di aplikasi Waze pada tahap paling minima iaitu satu kerana aplikasi ini dibangunkan oleh Israel.

Aplikasi Waze dibangunkan sejak tahun 2006 di Tel Aviv, dahulunya dikenali sebagai FreeMap Israel. Ia telah dibeli oleh Google pada tahun 2013.

Ketika ini jumlah pengguna ada lebih 100 juta orang, dengan rating rating 4.4/5.0 daripada 8 juta pengguna yang memberikan ‘review’.

“Jadi, dengan kuasa netizen Malaysia, ayuh kita menggembleng tenaga dan menyeru semua pengguna Waze untuk berikan rating 1 kepada aplikasi ini sebagai simbolik tekanan ekonomi kepada mereka.

“Hanya perlu buat carian “Waze” di Apps Store atau Play Store, kemudian berikan rating 1 star pada aplikasi ini.

“Kepada yang tak pernah guna Waze, boleh install kemudian uninstall balik selepas berikan rating 1. Kita tunjukkan kuasa netizen Malaysia.

“Selepas itu, pakat-pakat share kepada kawan-kawan, adik-beradik, saudara-mara, sepupu-sepapat, jiran tetangga, crush dan lain-lain,” tulis netizen.

Bahkan terdapat video yang memberi tunjuk ajar untuk memberi ‘rating star’ kepada aplikasi Waze yang kini tular.

Waze merupakan aplikasi yang sangat terkenal dalam kalangan rakyat negara ini dan rata-rata mereka menyifatkan aplikasi ini sangat mudah menunjukkan arah perjalanan bagi pengguna jalan raya. MD

Benci Israel, netizen ajak bagi ‘rating’ satu bintang pada aplikasi Waze


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Tentera Bawang Malaysia Sertai Perjuangan Bela Palestin Gaza

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker