[VIDEO] Keluarga Neelofa Berhimpun Sambut Aidilfitri Tular Kali Ini..

[VIDEO] Keluarga Neelofa Berhimpun Sambut Aidilfitri Tular Kali Ini..

[VIDEO] Keluarga Neelofa Berhimpun Sambut Aidilfitri Tular Kali Ini..

Belum reda isu rentas negeri dan karpet, keluarga Neelofa sekali lagi menjadi perhatian dan bualan netizen apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri yang ditetapkan.

Terbaharu, sebuah video yang dimuat naik kakak Neelofa, Noor Nabila tular dalam laman Twitter selepas dirakam dan dikongsi netizen sejak tengah hari tadi.

Nampaknya keluarga selebriti popular, Neelofa kembali lagi menjadi bualan ramai apabila tular video dikongsikan netizen di media sosial memaparkan keluarga itu bermaafan di hari raya.

VIDEO DIBAWAH:-

Menerusi video dikongsikan di Twitter itu, video tersebut didakwa dimuat naik oleh kakak Neelofa iaitu Noor Nabila di Instagram namun difahamkan telah dipadam.

Video berdurasi 27 saat itu, kelihatan seorang wanita mirip Neelofa dan suaminya, Haris Ismail serta Nabila dan Engku Emran bersalaman dan berpelukan dengan ibu bapa mereka. Turut kelihatan dalam video tersebut adik-beradik Neelofa yang lain.

Susulan video tular itu, rata-rata netizen mempersoalkan sama ada mereka sekeluarga tinggal serumah memandangkan sebelum ini kerajaan sudah menetapkan bahawa ziarah Aidilfitri tidak dibenarkan.

“1 Syawal yang penuh mulia,” tulis Noor Nabila sebagai kapsyen.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur kemarahan dan tidak puas hati selain mempertikaikan tindakan keluarga itu.

Bermacam macam komen netizen tentang video tersebut tetapi ada juga yang bersangka baik dimana mereka memang tinggal di rumah tersebut sebelum PKP dilaksanakan.

1. “Wah seronoknya. Betul-betul kebal geng ni.

2. “Meriahnya. Kita nak jumpa keluarga yang dekat pon takut. Puak-puak ni siap boleh cium mulut dan laga-laga pipi lagi. Demo (mereka) semua mari dari kayangan ke,” luah netizen.

3. Org byk duit kn..undg2? bnda lh bayor..hrp y de kuasa tu gunakanklh kuasa y ada..jgn sembg nk pnjara la pe..kesalhan berulang..hnmm”

4. “Dari sudut sop yg di tetapkan oleh kkm&mkn mmg salah laa…..kan kata tiada ziarah hr raya kan? Ke aku mata aku mengalami rabun dh, baca pon tak betul…”

5. “Kena bukak kertas siasatan lagi lah nampaknya ya. Hujung2… Gitulah sampai ke sudah. Oh ok”

Sumber: KO & RK

[VIDEO] Keluarga Neelofa Berhimpun Sambut Aidilfitri Tular Kali Ini..


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Aksi cium Neelofa, ramai meluat tengok.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker