Resepi Grill Salmon Bersama Sos Putih
Resepi Grill Salmon Bersama Sos Putih
Grill Salmon Bersama Sos Putih Ala2 IKEA.
– 1 sudu butter
– 3 ulas bawang putih
– Garam
– Black pepper
– Limau nipis atau lemon
Tumbuk Black Peper , Bawang Putih dan Garam sehingga separuh hancur.
Lumurkan bahan-bahan tadi pada ikan. Juga masukkan sedikit paprika bagi mereka yang suka pedas.
Kemudian perahkan sedikit Lemon dan lumurkan butter hingga sebati.
Perapkan selama 15minit.
Panaskan kuali.
Panaskan kuali dan panggang 10-15 minit . jangan masak terlalu lama utk mengelakkan isi ikan menjadi keras.
BAHAN-BAHAN SOS
2 sudu besar majerin atau mentega
1/2 biji bawang besar (dicincang)
1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh) – SY GN ORIGANO
1 cawan susu segar
Secubit garam
Secubit lada hitam
SY TAMBAH SEDIKIT LADA SULAH
Cara-cara
Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu.
Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan.
Matikan api dan diketepikan.
BERGEDIL SAYUR
4 Biji Kentang yg telah dikopek kulit
Brokoli
Lada Sulah
Garam
Telur
Minyak utk menggoreng
Cara-cara
Rebus dan lenyek kentang dan brokoli. masukkan lada sulah dan garam kemudian sebatikan.
Jemput dan bentukkan mengikut saiz yang anda suka. sebelum goreng celupkan doh tadi kedalam telur. siap. dah boleh mkn bersama Grill Salmon.