[VIDEO] Himpunan di Batu Pahat – seorang ditahan

[VIDEO] Himpunan di Batu Pahat - seorang ditahan

Himpunan di Batu Pahat – Kain Rentang “Kerajaan Gagal” – seorang ditahan

BATU PAHAT: Seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan selepas video dan gambar sebuah perhimpunan membabitkan pembakaran suar dan menaikkan kain rentang “kerajaan gagal” di Batu Pahat, Johor tersebar.

VIDEO DIBAWAH:-

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima beberapa panggilan mulai 12 tengah malam hingga 1 pagi tadi mengenai aktiviti sekumpulan mat rempit di kawasan Parit Raja.



“Beberapa anggota dari Balai Polis Parit Raja pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan orang awam,” katanya dalam kenyataan.

Disiasat di bawah Seksyen 144 dan 269 Kanun Keseksaan

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 144 dan 269 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Katanya, satu laporan polis diterima 7.36 malam tadi, dengan pengadu memaklumkan penemuan rakaman video perhimpunan itu yang tidak mematuhi SOP, ketika beliau melayari satu laman media sosial.

Bukit Aman siasat pegawai kanan



Siasatan awal polis

“Siasatan awal polis mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain rentang yang dinaikkan semasa perhimpunan itu adalah kain rentang sama yang digantung di jejantas Jalan Parit Raja menghala Ayer Hitam, Batu Pahat.”

Susulan itu, beliau berkata, polis akan mempertingkatkan pencegahan dan penguatkuasaan di daerah Batu Pahat, khususnya Parit Raja.

Beliau menyeru individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu segera hubungi Balai Polis Parit Raja di talian 07-4541222 ataupun Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat di talian 07-4363300.



Terdahulu, rakaman video dan gambar himpunan sekumpulan penunggang motosikal membakar suar dan memegang kain rentang “kerajaan gagal” tular laman media sosial.

 


Baca Artikel Menarik



Layari Laman Facebook My KMU NeT


Bukit Aman siasat kes timbalan pesuruhjaya polis Sarawak




Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker