Ahli politik bersatu kecam keganasan Israel di Gaza

 

Ahli politik bersatu kecam keganasan Israel di Gaza

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob bersama ahli politik lain bersatu mengecam keganasan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

Mahathir, yang terkenal memperjuangkan kepentingan Palestin, menyuarakan kebimbangannya terhadap kemelut terkini di Timur tengah dalam perbualan telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

“Kami sangat bimbang dengannya, kami sangat marah dengan apa yang Israel lakukan,” katanya dalam respons terhadap Erdogan yang turut “bimbang dengan Israel”.

Sementara itu, Ismail menyifatkan serangan Israel ke atas Gaza tidak berperikemanusiaan dan mencabuli hak penduduk Palestin yang menyaksikan banyak nyawa tidak berdosa, termasuk kanak-kanak, menjadi korban.

“Ini bukan kali pertama Israel menyerang Palestin ketika umat Islam berada dalam fasa terakhir Ramadan dan melakukan persiapan untuk menyambut ketibaan Aidilfitri.”

Oleh itu, beliau menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), seluruh dunia Islam serta badan antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman rejim Zionis ke atas bumi Palestin.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Bukit Aman siasat pegawai kanan

Isu Palestin melangkaui isu umat Islam

“isu Palestin melangkaui isu umat Islam dan merupakan isu kemanusiaan sejagat yang perlu diberikan perhatian oleh dunia.”

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan pemerintah Palestin, Hamas, dipetik AFP pada Khamis melaporkan angka korban akibat serangan Israel lebih dua hari ke atas Gaza meningkat kepada 83 kematian.

Mangsa korban termasuk 17 kanak-kanak, dengan 487 lagi cedera.

Tentera Israel pula berkata, ia menyerang Gaza lebih 600 kali sejak petang Isnin, manakala Gaza melepaskan lebih 1,600 roket ke arah wilayah rejim Zionis itu.

Sementara itu, lebih 40 NGO bekerjasama menubuhkan “Sekretariat #Aid4Palestine” untuk mengambil tindakan proaktif dan segera dalam membantu perjuangan rakyat Palestin yang ditindas rejim Zionis.

Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang berkata, sekretariat itu berfungsi sebagai penyelaras jaringan NGO dan masyarakat sivil untuk menggerakkan kempen kesedaran rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

Bukit Aman siasat kes timbalan pesuruhjaya polis Sarawak

Dana #Aid4Palestine

Katanya, ia turut berperanan menyelaras kutipan dana #Aid4Palestine melalui kaedah pendanaan ramai dengan sasaran RM1juta untuk disalurkan terus ke Palestin.

“Komitmen fasa pertama yang akan disalurkan menjelang 10 Syawal mencecah RM350,000 hasil kutipan terkumpul NGO PASRelief, Yayasan Amal Malaysia, Muslim Care Malaysia Society dan Cakna Palestin Malaysia, manakala kutipan fasa kedua menyasarkan minimum RM650,000 akan dibuka sehingga 30 Syawal,” katanya kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, kerajaan Kelantan menyumbang RM100,000 melalui Tabung Serambi Mekah yang akan disampaikan terus kepada rakyat Palestin.

Bernama melaporkan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob Ahmad juga akan membuat sumbangan peribadi RM10,000 kepada Tabung Serambi Mekah.

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Gempa bumi lemah di Kundasang, Sabah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker