Pusat beli-belah mungkin hilang puluhan juta


Arahan penutupan selama tiga hari untuk kompleks beli-belah yang disenaraikan sebagai kawasan panas oleh sistem amaran HIDE akan menyebabkan kerugian yang boleh mencecah puluhan juta ringgit.

Penasihat Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia, Richard Chan berkata, persatuannya mempunyai ahli yang terdiri daripada 458 kompleks membeli-belah termasuk 247 kompleks pasar raya dan pasar raya besar.

Katanya kepada Sinchew Daily, anggaran kerugian dari segi jualan dalam kalangan ahli boleh mencecah puluhan juta ringgit, tetapi jumlah itu mungkin lebih tinggi berikutan pengumuman kerajaan yang tidak jelas dan berubah-ubah.

Pengumuman kawasan panas itu telah menyebabkan penutupan beberapa pasar raya popular termasuk AEON, AEON BIG dan Giant yang memberitahu premis yang terjejas akan ditutup tiga hari untuk tujuan nyahkuman.

Kompleks membeli-belah terkemuka seperti Suria KLCC dan Sogo di ibu negara juga disenarai dalam sistem HIDE dan ditutup selama tiga hari. MG

Lengkap Berpakaian Seragam, Juruterbang Ini Buka Gerai Di Subang Demi Mahu Cari Rezeki

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker