[VIDEO] Moto2: Pelumba Professional Hafizh Syahrin Terharu Tunku Ismail Mahu Hulur Bantuan

Moto2: Pelumba Professional Hafizh Syahrin Terharu Tunku Ismail Mahu Hulur Bantuan - [VIDEO]
Moto2: Pelumba Professional Hafizh Syahrin Terharu Tunku Ismail Mahu Hulur Bantuan – [VIDEO]

‘TIADA kata boleh jelaskan saat ini.’

Itu reaksi pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah, mengenai kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menyatakan minat untuk membantu Hafizh dalam saingan kejuaraan dunia Moto2.

Tunku Ismail menyatakan minat untuk menaja pelumba Moto2 negara itu, menerusi sesi secara langsung Instagram bersama Hafizal Hamad dan Zulhelmi Zainal Azam, menyatakan sentiasa sedia membantu atlet negara yang memerlukan bantuan.

Tunku Ismail juga menyatakan bahawa harus ada perjumpaan ataupun perbincangan terlebih dahulu mengenai perancangan Hafizh sebelum bantuan dapat dihulurkan.

Moto2: Pelumba Professional Hafizh Syahrin Terharu Tunku Ismail Mahu Hulur Bantuan - [VIDEO]

“Saya suka melihat sikap, perwatakan dan keazamannya ketika berlumba. Mungkin saya akan cuba membantunya.

“Buat masa ini, kami masih belum berjumpa, dan perbincangan harus dilakukan terlebih dahulu,” kata Tunku Ismail.

Hafizh juga berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, mengenai perlumbaan terkininya yang menyaksikan El Pescao menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20.

“Pertukaran kelengkapan membantu meningkatkan pecutan, namun ia menaikkan suhu jentera, tetapi ia menyukarkan saya untuk memperoleh keputusan yang lebih baik.

“Saya mungkin akan melakukan pertukaran dalam perlumbaan seterusnya,” kata Hafizh.

“Saya tidak sangka Tunku Ismail berminat untuk membantu dalam sukan permotoran.

“Buat masa ini, saya teruja dan terharu dengan perkhabaran ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana berminat untuk membantu saya.”

TMJ suka dengan disiplin Hafizh

KESUNGGUHAN yang ditunjukkan oleh pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah bagi mengejar cita-cita mengharumkan nama negara berjaya menambat hati Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mengembangkan perjalanan kariernya.

Menurut Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam temu bual secara langsung di laman Instagram malam kelmarin, buat masa ini belum ada perancangan rapi yang dibuat melibatkan pelumba negara itu.

Beliau menjelaskan, bantuan yang difikirkan buat masa ini ialah dari segi menaja Hafizh Syahrin selain meneliti perkara lain yang berkaitan.

“Saya mengikuti perkem­bangan Hafizh Syahrin dan suka melihat disiplin beliau yang bersungguh-sungguh mencipta nama dalam sukan permotoran. Ini yang menarik minat saya untuk menajanya.

“Setakat ini, tidak ada perbincangan mengenainya lagi yang menjurus kepada berapa bajet yang diperlukan serta perancangan jangka panjangnya,” katanya.
Jumaat lalu, Tunku Ismail mengejutkan peminat sukan permotoran tanah air apabila menyuarakan minat untuk menaja pelumba Moto2 negara tersebut.

Hafizh, 27, ketika ini beraksi­ bersama pasukan NTS RW ­Racing GP dalam saingan Moto2 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pelumba itu menduduki tangga­ ke-21 dalam carta pelumba keseluruhan dengan me­ngutip lapan lapan mata bagi saingan Moto2 musim ini.

Hafizh merekodkan keputusan terbaiknya musim ini pada minggu lalu apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan kesembilan pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello, Itali.

Menurut Tunku Ismail, ini bukan kali pertama beliau membantu menaja dan menaikkan nama atlet kebangsaan kerana sebelum ini atlet yang terlibat ialah petinju profesional negara, Muhammad Farkhan Haron.

Muhammad Farkhan pernah memenangi tali pinggang Juara Antara Benua Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) pada Disember 2019.

Kemenangan itu menyaksikan Muhammad Farkhan terus mempertahan gelarannya bagi Juara Asia kelas Cruiserweight Persa­tuan Tinju Dunia (WBA) dan kelas Light Heavyweight Majlis Tinju Dunia (WBC).

Moto2: Pelumba Professional Hafizh Syahrin Terharu Tunku Ismail Mahu Hulur Bantuan – [VIDEO]


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

Pelumba Moto2 Hafizh Syahrin Ke Luar Negara Bukan Melancong Atau Beli Karpet-Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker