[VIDEO] Geram Je..Elly Mazlein Tak Boleh Sorok Muka “Baran” Dan “Jelingan Maut”
Rumah tangga mana yang tidak mempunyai ujian. Pelbagai faktor membuatkan suami isteri itu bertengkar dan kadang-kala jika tidak kuat menerima dugaan, penceraian menjadi salah satu solusi untuk menghentikan perbalahan.
Hadirnya insan ketiga dalam perkahwinan merupakan salah satu faktor terkuat pergaduhan dalam rumah tangga. Namun, masih ramai ‘individu perampas’ yang suka menjadi pengganggu dalam hubungan suami isteri.
Mengaku 5 kali skandal dengan suami orang
Hal ini turut dikupas di dalam program berkonsep perbincangan isu-isu dalam rumah tangga iaitu Borak Kelamin yang ditayangkan di Astro Ria apabila episod terakhir mereka membincangkan mengenai kisah seorang gadis muda yang sudah lima kali mempunyai hubungan dengan suami orang.
Tak rasa bersalah ada skandal
Menerusi sedutan episod tersebut, gadis berkenaan yang dikenali sebagai Tasya (bukan nama sebenar) telah menceritakan pengalamannya yang bahagia menjadi skandal kepada suami orang.
Namun, apa yang menarik perhatian warganet adalah reaksi pengacaranya iaitu Elly Mazlein yang terlihat agak geram mendengar pengakuan gadis berkenaan ketika disoal rakan pengacaranya, Awal Ashaari.
Tasya dilihat seakan biasa dan bangga dengan tindakkannya melakukan maksiat dengan suami orang serta sedikit pun tidak rasa bersalah dengan apa yang dilakukan kerana semua yang berlaku bukan dia yang memulakan.
Jelingan maut dari Kak Lina
Jadi, di akhir sedutan itu, dia memberikan sedikit pesanan supaya berhati-hatilah dengan suami yang romantik, penyayang dan mengambil berat keluarga kerana di luar dia belum tentu bertingkah seperti itu.
Sehubungan dengan perkongsian video-video tersebut, ramai yang menyuarakan perihal ‘jelingan maut’ Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina dalam mendengar pengakuan gadis berkenaan.
Geli hati tengok muka Kak Lina
Muka dia macam takde rasa kesal
Muka Kak Lina menahan geram
Borak Kelamin ini merupakan program yang membahaskan berkenaan permasalahan-permasalahan dalam rumah tangga yang sering terjadi di masyarakat.
Program yang berbentuk edukasi ini dihoskan oleh Awal Ashaari dan Elly Mazlein dengan mengundang beberapa bintang tamu untuk mengulas isu-isu mengikut topik perbincangan pada episod berkenaan.-OMM
Sumber: Elly Mazlein, officiallywawanasa
You must be logged in to post a comment.