Serangan Zionis ke atas Palestin berterusan

Serangan Zionis ke atas Palestin berterusan, angka kematian meningkat 65
SERANGAN Zionis ke atas wilayah Palestin berterusan hingga mengorbankan komander kanan Hamas.

Angka kematian di Semenanjung Gaza meningkat kepada 65 orang sejak keganasan tercetus pada Isnin.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken memaklumkan, akan mengirim wakil khas, Hady Amr, untuk memujuk Palestin dan Israel supaya menghentikan serangan.

Israel dalam pada itu menegaskan akan meneruskan serangan ke atas kepentingan milik Hamas.

Hamas pula memberi peringatan tidak akan setuju dengan sebarang perjanjian dalam masa terdekat.

Rejim Yahudi melancarkan serangan bertalu-talu, selepas serangan balas roket Hamas.

Ia susulan tindakan Zionis bertindak ganas ke atas penduduk Palestin yang berada di Masjid Al-Aqsa.

Sumber Palestin mendedahkan, usaha damai yang ditaja Mesir, Qatar dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sehingga kini gagal menghentikan keganasan. Awani

Serangan Zionis ke atas Palestin berterusan, angka kematian meningkat 65 orang


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


[VIDEO] Tentera Zionis lancar serangan ke atas Gaza, 9 maut termasuk kanak-kanak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker