Berebut anak, bekas abang ipar maut ditikam pada pagi Syawal

Berebut anak, bekas abang ipar maut ditikam pada pagi Syawal
JASIN: Berebut anak, bekas abang ipar maut ditikam pada pagi Syawal.  Angkara berebutkan anak, seorang lelaki maut ditikam bekas adik iparnya pada pagi Aidilfitri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Mohd Sukri Kaman berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi tadi di Kampung Berangan Enam, Umbai di sini, mangsa berusia 36 tahun itu maut ditikam selepas berlaku pertengkaran dan pergelutan dengan suspek.

Beliau berkata, suspek lelaki yang berumur 32 tahun datang ke rumah mangsa yang turut didiami bekas isterinya, iaitu adik mangsa dalam keadaan marah.

“Suspek bercerai dengan bekas isterinya pada Januari lepas dan datang ke rumah mangsa kerana hendak mengambil kedua-dua anaknya. Mungkin untuk beraya bersama.

“Namun berlaku pertengkaran dan mangsa cuba menenangkan suspek. Bagaimanapun berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di rusuk kanannya dengan pisau yang dibawa suspek,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Mohd Sukri berkata, kedua-dua anak perempuan mangsa berusia lapan dan 10 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kerana bersembunyi bersama ibu mereka di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Beliau berkata ketika kejadian juga, beberapa ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah tersebut turut melarikan diri.

“Kita sahkan kejadian berpunca daripada perebutan anak. Siasatan awal juga mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

“Pihak polis kini menjalankan gerakan mengesan suspek yang berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Melaka dan disahkan meninggal dunia dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. FMT

Berebut anak, bekas abang ipar maut ditikam pada pagi Syawal


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


Bukan culik bayi, ibu angkat berebut dengan ibu kandung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker