Jangan gadai maruah agama, bangsa hanya kerana MCA – Prof Ridhuan Tee



Sebaran :

Jangan gadai maruah agama, bangsa hanya kerana MCA – Prof Ridhuan Tee. SAYA ucapkan tahniah di atas kejantanan dan keberanian Pemuda UMNO Seremban, yang mengumumkan tidak lagi bekerjasama dengan MCA Negeri Sembilan dan MCA Seremban berkuatkuasa serta-merta.

Pelik! UMNO masih pelihara ‘biawak hidup’ yang tumpang menang di kawasan Melayu

Keputusan itu susulan provokasi berterusan MCA menerusi akhbar Cina tempatan. Untuk makluman, parti ultra kiasu ini sentiasa menggunakan wadah media (akhbar) Cina untuk menyampaikan mesej (hak) rasis mereka dan mempertahankan sekolah rasis mereka.

Saya pelik kenapa UMNO masih memelihara biawak hidup ini sekian lama, sedangkan semua orang tahu parti ini, tidak ada langsung kekuatan, melainkan menyusahkan..



Seringkali saya bercakap saya hanya akan menghormati parti ini jika dia dapat menarik sokongan Cina dan tidak bersikap terlalu ultra kiasu.

Tetapi keadaan itu tidak berlaku. MCA hanya menumpang keberuntungan dengan menang di kawasan majoriti Melayu dan dapat menduduki kerusi kabinet tanpa ada apa-apa formula mengikut nisbah representasi. Menang dua kerusi, dua kerusi menteri dia sapu. Belum lagi perlantikan senator untuk mendapat kerusi menteri.

Jika UMNO bertanding di Seremban, lawan ultra kiasu DAP, saya yakin UMNO boleh menang dengan sokongan PAS.



Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), DAP menang di kerusi tersebut dengan majoriti 30,694 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA, yang mendapat 24,809 undi serta calon Pas, Shariffuddin Ahmad memperoleh 11,506 undi. Saya amat yakin jumlah yang dimenangi oleh MCA, lebih 95 peratus adalah undi Melayu.

Kenapa perlu menyimpan biawak hidup ini lagi. Ini belum lagi kerusi tradisi lain yang mahu ditandinginya di kawasan majoriti Melayu yang lain

Ismail pertahan SOP berubah-ubah

Jangan gadai maruah agama

Berikut adalah kerusi ‘tradisi’ yang ditandingi MCA, kalah teruk, sepatutunya ditandingi UMNO



• Kuantan dikomposisi seramai 67 peratus Melayu – MCA kalah

• Alor Setar dikomposisi seramai 64 peratus Melayu – MCA kalah

• Alor Gajah dikomposisi seramai 61 peratus Melayu – MCA Kalah



• Padang Serai dikomposisi seramai 59 peratus Melayu – MCA kalah

• Tanjung Malim dikomposisi seramai 56 peratus Melayu – MCA kalah

• Ampang dikomposisi seramai 56 peratus Melayu – MCA kalah



• Selayang dikomposisi seramai 53 peratus Melayu – MCA kalah

• Raub dikomposisi seramai 52 peratus Melayu – MCA kalah

• Ayer Hitam dikomposisi seramai 58 peratus Melayu – MCA menang kerana undi Melayu



• Tanjung Piai dikomposisi seramai 67 peratus Melayu – MCA kalah PRU14, menang Pilihan Raya Kecil (PRK) juga kerana undi Melayu

Jangan kira lagi kawasan Melayu hampir 50 peratus yang ditandingi MCA atas nama kerusi tradisi seperti, Bangi (49 peratus Melayu), Seremban (49 peratus Melayu), Tebrau (48 peratus Melayu), Bentong (47 peratus Melayu), Petaling Jaya (47 peratus Melayu), Pandan (46 peratus Melayu).

Kalau kerusi ini nak diberikan kepada MCA, saya masih bolehlah terima. Tetapi bukan kerusi majoriti Melayu 52 peratus ke atas. Malangnya, kerusi parlimen Ayer Hitam yang dipegang oleh presiden MCA pun tidak layak diberikan, kerana 58 peratus adalah Melayu.



Jika MCA boleh buktikan presidennya menang di kawasan majoriti Cina menentang ultra kiasu DAP, baharu dikira parti ini boleh diberi muka. Jika tidak, dikira hampeh.

Jangankan menentang pemimpin-pemimpin DAP, melawan ahli DAP Melayu pun, presiden MCA tidak boleh menang jika bertanding di kawasan majoriti Cina.

Jadi, apa ertinya parti ini dinamakan MCA, Malaysian Chinese Association. Buang sahaja perkataan Cina (Chinese) itu, sebab langsung tidak mencerminkan sokongan Cina, melainkan pemimpin dan ahlinya semua Cina.

Jika perkataan Cina yang digunakan tidak langsung menunjukkan sokongan Cina, apa erti perkataan Cina itu diletakkan. Gantikan jadi Malaysian (non)Chinese Association.  MCA juga namanya. Tidak lagi memalukan, letak nama Cina, tetapi tidak disokong Cina.

Saya masih boleh terima lagi, apabila MCA menang di kawasan majoriti Melayu, dia lunturkan sedikit kecinaannya, untuk meraikan Melayu yang menyokongnya.

Tetapi keadaan itu tidak berlaku. MCA menjadi semakin kuat kecinaan walaupun dia menang dengan ehsan undi Melayu.

Dalam kata lain, MCA menjadi lebih Cina daripada parti ultra kiasu yang juga kecinaan seperti DAP dan Gerakan. Parti mana lebih bahaya sebenarnya?

Ingatan saya kepada pemimpin UMNO, jangan gadaikan maruah agama dan bangsa hanya kerana mahu memperlihatkan parti kamu meraikan kepelbagaian, atau meraikan kaum lain

Sejak dari dahulu lagi memang UMNO meraikan kaum lain. Sudah terbukti. Tidak dapat dinafikan sama sekali. Jika tidak, masakan bukan Melayu boleh hidup senang lenang dana aman tenteram di negara majoriti Melayu.

Malahan dengan rasuah yang mereka lakukan, dengan Melayu menjadi penerima, sehinggakan tanah rezab Melayu pun boleh hilang. Ini belum termasuk tanah Musang King yang mereka dapat.

Menolak atau menentang MCA keluar, bukan bererti kita tidak meraikan kepelbagaian atau kaum lain, kerana masih ada lagi parti Cina yang boleh diraikan seperti Parti Cinta Malaysia.

Ingatan ini juga ditujukan kepada PN kerana terlalu kemarukkan ‘parti Cina’ tiada pengaruh, seperti parti Gerakan. bagi menunjukkan ia meraikan kepelbagaian.  Persoalan, di mana Gerakan boleh menang, jika bukan bertanding di kawasan majoriti Melayu?

Cuba ambil dan raikan pemimpin Cina yang begitu kuat jiwa Malaysianya, seeperti Apek Cina, Profesor Teo Kok Seong, Uncle Kentang, Helen Ang dan lain-lain. Kenapa mereka ini tidak ketengahkan untuk mewakili kaum Cina.

Saya tidak bangkitkan kaum lain, seperti India kerana India tidak ada satupun kawasan majoriti India, berbanding dengan Cina. Untuk kerusi India, terpulang kepada budi bicara pemimpin yang bijaksana.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

Jangan gadai maruah agama, bangsa hanya kerana MCA – Prof Ridhuan Tee

Lokman Noor Adam ditahan sekali lagi


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT



Sebaran :


Leave a Reply