Ain sekolahkan Siti Kassim isu tudung


Sejak Ain Husniza mula membuat pendedahan “lawak lucah” yang dibuat oleh gurunya di sekolah, nama pelajar tingkatan 5 ini semakin dikenali sehingga turut dibincangkan oleh media antarabangsa.

Baru-baru ini gambar poster satu program menunjukkan Ain memakai tudung telah menjadi buah mulut ramai orang. Namun apa yang memeranjatkan, tindakan Ain untuk memakai tudung ini turut ditegur oleh peguam dan aktivis, Siti Kasim.

Kenapa Ain perlu tutup rambut dia untuk program ini? Saya nak nasihatkan keluarga Ain untuk berhati-hati dari digunakan oleh sesetengah orang.

“Tak ada siapa yang patut beritahu macam mana cara awak berpakaian dan awak perlu sentiasa konsisten dengan pendirian awak.”

Ekoran komen dari Siti Kasim ini, Ain telah menegur aktivis tersebut dan meminta agar dia tak dinilai dari pakaiannya.

Pakaian saya, atau perempuan lain tak penting. Ini apa yang sering saya tegaskan. Jangan nilai orang dari penampilan mereka. Tolong! Saya pakai apa yang saya nak pakai bila-bila masa. Perkara ini tak jejaskan pendirian saya.

“Tolong berhenti nilai perempuan yang tak menutup aurat atau yang menutup aurat. Itu sahaja. Berhenti! Fokus pada isu utama. Sekolah TAK SELAMAT.”

Siti Kasim kemudiannya mengatakan yang bila Ain memilih untuk memakai tudung, ini bermakna Ain telah memilih untuk dengar cakap orang yang mengkritik penampilannya sebelum ini dan jawapan Ain…

Saya tak ikut cakap dorang. Saya hanya buat apa yang saya nak buat. Saya nak jadikan sekolah tempat yang selamat, jadi penampilan saya tak ada kena mengena dengan pendirian saya.

“Kalau awak rasa saya pakai tudung sebab ikut orang, maknanya awak sama je dengan orang yang nilai saya bila saya tak pakai tudung.

“Awak nak paaksa saya untuk tak tutup aurat ke? Saya faham maksud awak tapi inilah sebabnya perempuan selalu rasa tertindas. Tak boleh nak ada pilihan nak buat apa-apa.”

Siti Kassim kemudian menegaskan yang tak semua perempuan pakai tudung dip.aksa dan setiap orang mempunyai pilihan untuk pilih pakaian atau aksesori yang dorang nak pakai. Tapi mesej yang disampaikan oleh pilihan Ain ini yang menjadi persoalan.

Ain kemudiannya menutup hujahnya dengan mengatakan apa yang dia buat adalah untuk beritahu semua perempuan untuk pakai apa yang mereka nak pakai dan jangan nilai orang dari luaran.

“Ain pilih untuk sekolahkan Siti Kasim. You go girl!”

Jawapan Ain kepada Siti Kasim ini telah mendapat sokongan dari ramai netizen. Lebih-lebih lagi sebelum ini Siti Kasim sering perjuangkan hak manusia untuk pakai apa yang mereka mahu pakai.

Perkara tersebut turus di ulas oleh seorang aktvis pendidikan di laman Facebook milik beliau

Kisahnya bermula.

1. Ada satu poster Ain memakai tudung dalam satu program

2. Viral poster itu sebab munculnya komen seorang individu yang menuduh beliau hipokrit, anak syaitan dan kurang ajar.

3. Siti Kasim mengulas isu berkenaan di twitter. Dia kata kenapalah si Ain tu pakai tudung untuk program berkenaan.

4. Ain jawablah balik Siti Kasim (SK), tak payah nak judge orang sangatlah berdasarkan appearance dia. Ikut suka hatilah nak pakai ke tak. Bukan satu dia jawab balik SK, tapi 4 kali.

5. Kira memang terciduklah SK. Bak kata budak twitter, SK disekolahkan budak SMK.

6. Rentetan dari itu, Ain meluahkan rasa dalam thread yang baru. (Yang diviralkan tweet yang atas tu je)

7. Thread tu sebenarnya khusus kepada isu Siti Kasim tadi. Ya, untuk Siti Kasim.

8. Freedom of religion yang dia maksudkan bukannya kita bebas nak pilih agama apa. Tapi yang dia maksudkan adalah muslim itu boleh memilih samada dia hendak praktikkan tuntutan agamanya tanpa tekanan. Tekanan itu akan membuatkan segelintir orang jadi trauma dan silap-silap orang tersebut jadi tak senang dengan agama (orang agama sebenarnya).

9. Jadi, beliau bawalah contoh di France. Muslim yang pakai hijab ditekan disebabkan mereka ikuti ajaran Islam.

10. Beliau minta maaf dihujung thread berkenaan.

11. Sekali lagi nak ditekankan, beliau tulis begini disebabkan ada aktivis yang kata jangan pakai tudung bila bawa isu ini.

Tamat.

******

17 tahun. Form 5. Ikut akta bawah 18 tahun masih kanak-kanak lagi. Orang dewasa yang matang akan mendepani isu ini seperti orang dewasa. Bila dia salah, tegur elok-elok. Jika itu ayat tu kurang tepat, beri cadangan ayat untuk counter hujah Siti Kasim. Kena guide dia.

Bukan against beliau hingga munculnya aktivis liberal yang baru.

Saya dah berforum 2 kali dengan Ain ni. Satu di Spaces Twitter, satu lagi di Darah Muda, Bernama TV.

Kenapa saya beria-ia dok tulis pasal dia ni? Nak tunggang isu beliau ke seperti dakwaan sesetengah pihak?

Jawapannya tak. Saya nak Ain dan ayahnya tahu saya sentiasa bersama mereka. Bukan saya sahaja, tetapi Tuan Syed Azmi, Kak Fadhlina Sidek dan lain-lain.

Jauh dari sudut hati, saya menantikan kehadiran NGO-NGO Islam yang lain juga.

Sebab itu event ponteng sekolah yang dianjurkan oleh NGO acah-acah liberal, ayah Ain tulis mereka tak ada kaitan dengan event itu, juga tidak bersetuju.

Sama juga dengan Ain. Masa live bersama saya di Bernama TV, beliau sebut secara live tidak bersetuju dengan gerakan itu.

Jadi, menuduh beliau dipergunakan oleh golongan liberal adalah tidak tepat.

Patutnya kita support Ain sebab lawan Siti Kasim. Begitulah.


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT


 

Ahli akademik kecam amaran buang sekolah terhadap Ain

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker