Wanita Hamil Dibelasah Suami Masih Koma, Ramai Pakat Buat Solat Hajat
Seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa dibelasah suami sendiri masih dalam keadaan koma di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Menerusi pendedahan Fazariah Nordin pada 6 Mei lalu, kakaknya Jahidah Nordin mengalami keretakan pada bahagian tulang belakang, rahang dan muka selain terdapat kesan lebam pada mata dan tangan.
Berikutan kisah yang mengundang perhatian netizen itu, terdapat ramai pihak yang sudi melakukan solat hajat dan bacaan Yasin sekali gus menitipkan doa agar mangsa yang juga sedang hamil kembali sembuh.
Terima kasih atas doa yang tak putus2
https://www.facebook.com/kakfazbeauty/posts/2947468822200733
Bacaan Yasin serentak di tempat masing2
https://www.facebook.com/kakfazbeauty/posts/2946609795619969
Cepat sembuh Nong…
https://www.facebook.com/kakfazbeauty/posts/2946433615637587
Doa daripada anak2 tahfiz
https://www.facebook.com/kakfazbeauty/posts/2946358688978413
Selain itu, Fazariah turut berkongsi beberapa posting lain di laman Facebook meluahkan rasa terkilan dengan sikap abang iparnya yang seolah-olah tiada hati dan perasaan apabila tergamak bertindak sedemikian terhadap si isteri.
Bini bertarung nyawa, kau boleh gelak ketawa?
https://www.facebook.com/kakfazbeauty/posts/2946261935654755
Baju2 baru dibeli untuk ‘baby’…
https://www.facebook.com/kakfazbeauty/posts/2947572022190413
Terdahulu, Fazariah mendakwa lelaki berkenaan meninggalkan kakaknya dengan ‘nyawa-nyawa ikan’ selain telah membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
https://www.facebook.com/kakfazbeauty/posts/2945195125761436
Sumber: Facebook Fazariah Nordin & OMM
Silap Pilih Mangsa, Pencuri ‘Lunyai’ Dibelasah Atlet MMA..Padan Muka….