Silap Pilih Mangsa, Pencuri ‘Lunyai’ Dibelasah Atlet MMA..Padan Muka….

Beberapa hari yang lalu, seorang lelaki gagal dalam cubaan mencuri telefon dan lebih memilukan, beliau dibelasah dengan teruk oleh mangsa yang merupakan salah seorang atlet mixed martial arts (MMA).

Menurut laporan Daily Mail, atlet sukan tersebut dikenali sebagai Brisa, 20 tahun mengatakan sewaktu kejadian, beliau baru sahaja selesai kerja di Mar Del Plata, Argentina. Selepas disamun, beliau dan rakannya bertindak untuk mengejar lelaki tersebut namun tidak berjaya.

Walaupun begitu, dengan pertolongan umum yang berada di sekitar kawasan tersebut lelaki berkenaan berjaya ditangkap. Selepas telefon pintar milik Brisa berjaya diperoleh, lelaki tersebut dibelasah oleh Brila biarpun beliau cuma berketinggian 145cm.
Di dalam rakaman tersebut, Brisa dilihat menarik rambut pencuri berkenaan dan kepala pencuri berkenaan berlumuran darah. “Carilah pekerjaan! Kamu fikir saya menghabiskan masa bekerja untuk membiarkan kamu mengambil telefon bimbit saya dalam masa tiga saat?” jerit Brisa kepada pencuri tersebut.

Tidak menyesal akan tindakan

Sewaktu ditemu bual di sebuah rancangan televisyen tempatan, Nosotros A La Mañana, Brisa meluahkan rasa marah terhadap tindakan suspek kerana beliau telah menghabiskan masa berbulan-bulan menabung bagi membeli telefon pintar baharu.



“Saya telah menabung selama berbulan-bulan dan menghabiskan masa dengan bekerja sewaktu musim pandemik biarpun gaji dipotong. Disebabkan oleh itu, saya tidak dapat menerima tindakan beliau mengambil telefon pintar hasil titik peluh saya.

“Semoga lelaki tersebut tidak mengulangi perbuatan tersebut. Apapun, saya bangga dengan tindakan saya dan tidak berasa kesal terhadap perkara tersebut,” luah beliau- Vocket.com

Cabul anak hingga hamil, lelaki maut dibelasah tahanan lain selepas baru sehari masuk penjara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker