Cabul anak hingga hamil, lelaki maut dibelasah tahanan lain selepas baru sehari masuk penjara

Di Indonesia, seorang lelaki menemui ajal selepas baru sehari dimasukkan ke dalam penjara atas pertuduhan mencabul anak kandung sendiri sehingga hamil.

Menerusi laporan Tribun News, lelaki itu ditemui tidak bernyawa dengan terdapat kesan lebam dan luka di badan dipercayai dibelasah beramai-ramai oleh tahanan lain.

Lelaki rogol anak maut dibelasah tahanan

Difahamkan, lelaki berusia 43 tahun itu ditahan polis selepas isterinya membuat laporan bahawa anak perempuannya yang berusia 14 tahun telah dicabul oleh bapanya sendiri.

Ketua Polis Serdang Bedagai, AKP Robin Simatupang berkata, remaja 14 tahun didakwa telah hamil hasil perbuatan jijik bapa kandungnya sendiri.

Justeru, selepas mendapat tahu perbuatan keji lelaki terbabit, tahanan lain menjadi marah lalu bertindak memukul mangsa sehingga maut ketika berada di dalam lokap.

Lelaki itu disahkan meninggal dunia pada 6.10 pagi waktu tempatan. Berikutan daripada kejadian itu, beberapa orang t;ahanan telah dipanggil untuk disoal siasat.

Sumber: OhMyMedia, Tribun News

Warga emas durjana rogol anak tiri lebih 50 kali hingga hamil

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker