Sindiket tipu kerja, jual beli draf Bank of China tumpas

Sindiket tipu kerja, jual beli draf Bank of China tumpas

Polis telah menumpaskan satu sindiket yang bergiat aktif melakukan penipuan tawaran kerja dan urusan jual beli draf Bank of China di Pahang.

Empat suspek lelaki termasuk seorang warga China yang disyaki mendalangi kegiatan jenayah penipuan itu dicekup di Genting Highlands dekat sini semalam, kata Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yusoof.



“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Kontijen Pahang dengan kerjasama BSJK Ibupejabat Polis Daerah Bentong telah membuat tangkapan ke atas tiga lelaki warga tempatan dan seorang warga China berusia lingkungan 21 hingga 32 tahun menerusi operasi yang di tempat tumpuan pelancongan itu.

“Hasil tangkapan, polis berjaya merampas sembilan unit telefon bimbit pelbagai jenama dan enam unit komputer riba pelbagai jenama yang disyaki digunakan sindiket untuk tujuan penipuan itu dalam talian,” katanya dalam kenyataan kejayaan hari ini.

Tambah Ramli, kesemua suspek yang ditangkap itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek warga China telah bersubahat dengan salah seorang daripada tiga warga tempatan melakukan kegiatan itu sejak enam bulan lalu manakala dua lagi suspek warga tempatan bekerja di Genting Highlands.



“Menerusi tangkapan empat suspek itu, polis percaya ia akan membawa kepada pembongkaran lebih banyak penipuan tawaran kerja dan jual beli draf bank membabitkan sindiket itu kelak sama ada di negeri Pahang atau di negeri lain,” katanya. MG

Sindiket tipu kerja, jual beli draf Bank of China tumpas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah



Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker