3,386 kes baru Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan ada sebanyak 3,386 kes baru Covid-19 dikesan. Ia menjadikan kes kumulatif terkini sebanyak berjumlah 2,761,472.

Jumlah kemasukan hospital pesakit Covid-19 di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 4.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Kadar kebolehjangkitan meningkat ke arah 0.98 setakat semalam daripada 0.88 pada 25 Dis tetapi kekal di bawah nilai ambang 1.0.



Nilai itu mesti dikekalkan di bawah 1.0 untuk mengelakkan pertumbuhan eksponen dalam jangkitan baru.

KKM hanya mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk kes 3,573 baru yang dilaporkan KKM semalam ialah seperti berikut:

  • Selangor: 949
  • Johor: 382
  • Kelantan: 379
  • Pahang: 315
  • Pulau Pinang: 238
  • Sabah: 231
  • Kuala Lumpur: 205
  • Kedah: 200
  • Perak: 175
  • Negeri Sembilan: 154
  • Melaka: 150
  • Terengganu: 135
  • Putrajaya: 24
  • Perlis: 15
  • Sarawak: 14
  • Labuan: 7

3,386 kes baru Covid-19

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Aliff Syukri nazak? Ibu minta cepat wasiatkan hartanya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker