13 kenalan rapat dicekup berhibur bersama dalam parti liar


Seorang wanita yang menganjurkan parti liar bersama kenalan rapatnya antara 13 individu yang ditahan dalam pemeriksaan di sebuah kediaman di Jalan Imbi, Kuala Lumpur menerusi Ops Parti Liar awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah dipetik Bernama berkata, kesemua individu tempatan berumur 19 hingga 39 tahun itu yang turut termasuk seorang penjawat awam, menerima jemputan ke majlis berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, mereka ditahan hasil pemeriksaan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 2.45 pagi.

“Bertindak atas maklumat, lima lelaki serta lapan wanita ditahan dipercayai terlibat dengan parti liar terbabit. Mereka menerima jemputan ke parti itu menerusi aplikasi WhatsApp,” katanya.



Mohamad Zainal berkata salah seorang suspek wanita adalah penganjur parti liar itu, dan dipercayai menganjurkan aktiviti berkenaan dengan tujuan berhibur bersama kenalan rapatnya.

“Suspek juga didapati menyewa lokasi itu dengan bayaran RM180 sehari menerusi seorang lelaki warga Bangladesh, selain menyediakan dadah jenis ketamin untuk kegunaan berhibur semasa parti liar terbabit diadakan,” katanya.

Beliau berkata, hasil saringan ujian air kencing mendapati 12 daripada suspek positif dadah jenis methamphetamin dan ketamin.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan semua suspek direman tiga hari sehingga Isnin untuk siasatan lanjut.



Kesemua suspek turut dikompaun atas kesalahan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No. 2)(Pindaan)(No.5) 2021. FMT

10 termasuk penjawat awam ditahan leka berparti liar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker