Malaysia perlu ambil iktibar India, kata Dr Noor Hisham


Malaysia perlu mengambil iktibar gelombang kedua Covid-19 di India dan perhimpunan yang melibatkan orang ramai dielakkan, kata Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dia juga memberi amaran terhadap sebarang cadangan pilihan raya atau melonggarkan perintah kawalan pergerakan.

Pada akhir Januari, Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan negara itu telah mengalahkan Covid-19 dan ini menyebabkan orang ramai seakan merayakan kemenangan mereka serta mulai lalai SOP.

Kerajaan Delhi juga membenarkan orang ramai berhimpun semasa festival Hindu Kumbh Mela pada bulan April. Ia juga mengadakan beberapa kempen pilihan raya negeri.

Hari ini sahaja, India mencatatkan 4,187 kematian Covid-19 dan lebih daripada 400,000 kes baru dilaporkan setiap hari.

Noor Hisham berkata negara perlu belajar daripada kesilapan India itu.

“Tindakan-tindakan mereka yang telah menjurus kepada tsunami di negara india

“Apakah boleh kita belajar dan elakkan tsunami di negara kita,” katanya.

Dia juga membuat perbandingan antara jangkitan yang disebabkan oleh pilihan raya negeri India dan pilihan raya negeri Sabah pada September 2020 di Malaysia.

Oleh itu, Noor Hisham menyokong Proklamasi Darurat untuk menangguhkan semua pilihan raya.

“Dan sekarang kita bimbang, kalau kita tidak menggunakan Ordinan Darurat, PRN Sarawak terpaksa diadakan pada bulan Jun.

“Jadi dengan ordinan darurat kita boleh elakkan PRN Sarawak

“Kita juga menggunakan Ordinan Darurat untuk mengelakkan tiga PRK Batu Sapi, Bugaya dan Gerik.

“Kalau ada pilihan raya pasti ada perhimpunan, kalau kita lihat kluster Pasai – seorang dari Johor merentas negeri balik ke Sarawak, jangkitan berlaku.

“Bayangkanlah kalau orang Sarawak balik dari Semenanjung untuk mengundi di pedalaman.

“Jangkitan pasti akan berlaku,” katanya.

Menurut Noor Hisham, jika jangkitan berlaku di pedalaman Sarawak, “pusat kesihatan mungkin tidak mampu mengesan dan merawat kes-kes tersebut.

“Dan juga jarak yang jauh. Sukar untuk memberi rawatan,” katanya lagi. Mk

Kes Covid-19 di India catat rekod baru dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker