Suami Mira Filzah Kenang Pemergian Bapa, Isteri Pujuk Elak Terus Bersedih
Kehilangan bapa tersayang secara mengejut sememangnya satu perkara yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.
Luah rasa rindu
Hal ini diakui sendiri oleh suami kepada aktres terkenal, Mira Filzah, Wan Emir Astar apabila memuat naik gambar allahyarham bapanya iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar yang meninggal dunia 5 tahun lalu dalam tragedi helikopter terhempas.
Kenang allahyarham bapa yang sudah tiada
Wan Emir mengakui begitu sedih pada hari ini kerana genap 5 tahun bapanya pergi meninggalkan mereka semua pada 5 Mei 2016. Dia juga memaklumkan tersentuh melihat foto bapanya serta foto dirinya sewaktu kecil ketika baru bangun dari tidur dan meniru gaya arwah.
“Tersentuh hati melihat gambar sewaktu saya kecil, yang baru sahaja bangun daripada tidur, tidak lari reaksi daripada mengikut reaksi Papa sewaktu dia bangun tidur. Seolah-olah jiwa diri ini dari kecil lagi, sudah terikut jejak langkah jiwa yang akan dirindui..” tulis Emir.
Isteri peluk pujuk jangan sedih
Anak sulung kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Yazid ini juga memaklumkan kepada isteri tercinta bahawa allahyarham bapanya merupakan seorang yang sangat penyayang.
Melihat suami dalam keadaan hiba, Mira segera mendakap dan memeluk bagi menenangkan Emir agar tidak terus terbawa dengan perasaan sedih.
Rindu pada orang yang tiada, rindu yang menyakitkan
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai telah meninggalkan komen dengan mengakui bahawa rindu terhadap orang yang telah pergi sangat menyakitkan.
Mereka juga telah menitipkan salam takziah dan mendoakan agar roh allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.-OMM
Kehilangan cukup besar buat orang2 Kuale
Kita senyum tapi dalam hati masih sedih
Sumber: Wan Emir Astar
Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020 Media Antarabangsa
You must be logged in to post a comment.