Mira Filzah Tercalon 100 Wanita Tercantik 2020 Media Antarabangsa

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah menerima pencalonan sebagai 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler.

Mira Filzah menerima pencalonan sebagai 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media bebas antarabangsa, TC Candler

Menariknya, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman merupakan antara figura bertudung yang menerima pencalonan tersebut.



Seorang lagi selebriti bertudung yang menerima pencalonan merupakan selebriti media sosial kelahiran Magribi bernama Ihssane Benalluch.

Mira, 27, menerima pencalonan bersama bintang antarabangsa popular lain seperti Billie Eilish, Millie Bobby Brown, Kerry Washington dan Bella Hadid.

Pengumuman tersebut yang diumumkan menerusi Instagram rasmi TC Candler menerima lebih 15 ribu tanda like yang rata-rata memberi sokongan buat selebriti kelahiran Malaysia itu.

Terdahulu, pelakon Fattah Amin menerima pencalonan 100 Lelaki Paling Kacak 2020 yang turut dianjurkan TC Candler.



Fattah Amin tercalon Jejaka Paling Kacak Dunia 2020

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker