Fattah Amin tercalon Jejaka Paling Kacak Dunia 2020

Share

PETALING JAYA – Pelakon Fattah Amin mencipta sejarah apabila tersenarai sebagai seorang daripada calon Jejaka Paling Kacak 2020 anjuran TC Candler.

Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd. Amin, 30, merupakan satu-satunya selebriti dari Malaysia menerima pencalonan untuk edisi kali ini.

Dalam pada itu, tahun ini, seramai 12 lelaki Indonesia tersenarai kategori tersebut.

Suami kepada pelakon Fazura yang juga bapa kepada Nur Fatima Aisya itu bakal mendapat tentangan sengit daripada selebriti Hollywood dan K-Pop seluruh dunia.

Seperti tahun terdahulu, TC Candler memilih beberapa pencalonan berdasarkan undian daripada peminat yang mencalonkan artis kegemaran mereka bagi merebut kategori 100 Wajah Paling Kacak dan 100 Wajah Paling Cantik pada tahun ini.

Mula dianjurkan sejak 2013, antara selebriti tampan yang pernah menduduki takhta Jejaka Paling Kacak ialah aktor Hollywood, Michael Fassbender, Jamie Dornan, (2014), Diego Boneta (2015), Michiel Huisman, (2016), V BTS (2107), Jason Momoa (2018) dan Jungkook BTS (2019).

Dua tahun lalu, pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding, 33, menduduki tangga ke-84 Jejaka Paling Kacak Dunia. – K! ONLINE

Zuriat adalah hadiah terindah, Fazura sambut hari lahir ke-37

Leave a Reply