Pelajar Malaysia jadi pengintip di Norway

Pelajar Malaysia jadi pengintip di Norway

Oslo: Seorang pelajar Malaysia ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kesalahan pengintipan dengan melakukan aktiviti risikan isyarat di Norway, termasuk pemantauan telefon (wiretapping).

Memetik The Nordic Page, penahanan terhadap suspek berusia 25 tahun itu itu berlaku pada petang Jumaat, yang dikendalikan oleh Perkhidmatan Perisikan Norway- PST, dengan sasaran khusus pengintipan tidak jelas.

Difahamkan walaupun lelaki itu berasal dari Malaysia, namun Malaysia tidak terbabit dalam kegiatan pengintipan itu.

Menurut pihak berkuasa, bukti menunjukkan bahawa kereta sewa suspek direkodkan kamera pengawasan dan pada masa sama, pengintipan dilakukan berhampiran lokasi penting, termasuk Kuarters Kerajaan, Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan.

Pegawai pendakwa polis di PST, Thomas Fredrik Blom, memaklumkan pihaknya masih dalam peringkat awal siasatan terperinci untuk mengumpul bukti.

Suspek seorang pelajar yang tidak berdaftar di institusi pendidikan Norway, hanya berada di Norway untuk tempoh yang singkat.

Suspek ditangkap pada 8 September dan kemudiannya ditahan selama empat minggu, dengan dua minggu pertama di dalam sel berasingan.

Dalam masa sama, pihak polis turut merampas pelbagai peranti pembawa data dan barangan elektronik daripada suspek.

Tuduhan terhadapnya adalah berdasarkan Seksyen 121 Kanun Jenayah, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi individu yang mengumpul atau memiliki maklumat rahsia yang boleh membahayakan kepentingan asas negara.

Pihak berkuasa mengesyaki mungkin terdapat lebih banyak individu yang terbabit dalam kes itu.

Sementara itu, suspek dilaporkan enggan memberikan sebarang kenyataan kepada PST, dan peguam bela, Aase Karin Sigmond, menjelaskan bahawa dia berada dalam keadaan tidak sihat berikutan penahanan yang disifatkan ‘dramatik’. HM

Pelajar Malaysia jadi pengintip di Norway

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker