PKP: Kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal memperincikan dengan jelas – Pakar Ekonomi

PETALING JAYA: Seorang pakar ekonomi dan kumpulan perniagaan antarabangsa menyelar kerajaan Perikatan Nasional kerana gagal memperincikan dengan jelas butiran perintah kawalan pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor.

“Apakah maksudnya?” kata Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pendidikan Pasaran (CME) Carmelo Ferlito. “Bolehkah perniagaan saya beroperasi? Bolehkah saya menghantar anak ke sekolah?

CEO Pusat Pendidikan Pasaran Malaysia, Carmelo Ferlito menyoal Putrajaya apakah SOP untuk perniagaan dan sekolah, malah berkata, tidak cukup untuk sekadar mengumumkan PKP tanpa turut menyertakan butiran lanjut.

“Keadaan terlalu samar, seolah-olah kehidupan dan perniagaan boleh dibuka tutup seperti menggunakan alat kawalan jauh.

Bercakap kepada FMT, pakar ekonomi itu bertanya kepada Putrajaya mengenai SOP untuk perniagaan dan sekolah, sambil berkata sekadar mengumumkan PKP tanpa menyertakan butiran lanjut masih tidak mencukupi.

“Pelajar kolej sekalipun tahu ketidaktentuan adalah perkara terburuk untuk perniagaan. Malangnya kita kini berdepan ketidaktentuan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI) Shaun Cheah berkata beliau selama ini menggesa supaya pemegang taruh dalam perniagaan dimaklumkan mengenai SOP yang relevan sebelum sebarang pengumuman besar-besaran dibuat.

Cheah menambah, MICCI telah memikirkan set SOP standard untuk semua PKP berbeza supaya sektor perniagaan mampu lebih bersedia. Malangnya, katanya, perkara itu nampaknya tidak berguna.

“Memang mengarut. Aktiviti ekonomi dibenarkan tetapi bukan pergerakan antara negeri. Bagaimana orang hendak pergi bekerja jika perlu melintasi sempadan negeri? KL tidak dikenakan PKP, jadi adakah mereka yang berada di Petaling Jaya dihalang daripada memasuki KL?

BPR Fasa 2 mula dibayar 7 Mei ini

“Sekurang-kurangnya pada PKP 2.0 (Januari lalu), Lembah Klang diisytiharkan satu daerah.

Perniagaan pasti akan terjejas,” katanya kepada FMT.

Ketika mengumumkan PKP, Menteri Kanan Keselamatan Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP tempat kerja bagi sektor awam dan swasta akan diumumkan secara berasingan.

Butiran mengenai penutupan sekolah juga belum diberikan.

Susulan itu, bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri Ong Kian Ming mengkritik kerajaan kerana tidak mengumumkan sektor serta industri mana akan dibenarkan dibuka ketika PKP.

Ferlito mempertikaikan sejauh mana kerajaan mahu menamatkan pandemik, kerana menganggap Malaysia langsung tidak melihat kemajuan dalam perang terhadap virus itu sejak 15 bulan lalu.

Tambahnya, sekatan pergerakan yang ‘tidak masuk akal’ dan ‘tidak berguna’ mengakibatkan semakin ramai kini di ambang kemiskinan, manakala berbilion ringgit telah dibazirkan kerana kerajaan terpaksa berbelanja untuk subsidi dan langkah bantuan lain.

Katanya strategi komunikasi kerajaan juga lemah.

“Kekurangan strategi komunikasi baik memang berulang kali berlaku sepanjang pengurusan pandemik,” katanya.

“Selepas setahun langkah-langkah yang tidak teratur seperti ini, ahli perniagaan mungkin lebih rela menutup perniagaan. Usaha mereka asyik terjejas dengan gangguan yang tidak wajar.”

Najib ‘sekolahkan’ Wan Saiful

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker