Hebat!! Penghantar makanan imbang 40 dulang telur penuhi permintaan pelanggan — MYKMU.NET

Hebat!! Penghantar makanan imbang 40 dulang telur penuhi permintaan pelanggan



Sebaran :

SEORANG penghantar makanan di Thailand menunjukkan kehandalannya selepas berjaya mengimbang 40 dulang telur di bahagian belakang motosikalnya untuk dihantar kepada pelanggan.

Rakaman video menunjukkan lelaki berkenaan membawa dulang telur tersebut di kawasan pasar yang sesak di wilayah Chonburi.

Dia berkata, sepanjang kariernya, dia tidak pernah menjatuhkan sebiji telur walaupun menghantar dulang telur setinggi enam kaki menggunakan motosikal miliknya.



“Saya menambah jumlah dulang kepada 10, 15 dan sekarang 40 dulang.

“Saya pernah menjatuhkan beberapa biji ketika saya sedang berlatih tetapi apabila telah menjadi penghantar makanan sepenuh masa, saya tidak pernah menjatuhkan walaupun sebiji telur sepanjang karier saya,” katanya.

Pelanggan Watchara memuji kehandalan penghantar makanan itu dan berkata dia sentiasa menepati masa penghantaran.



Guna tuala wanita untuk tanda petak parkir


Sebaran :


Leave a Reply