“Lompat parti tidak salah, kecuali jika ahli politik dibayar” – Ketua Pesuruhjaya SPRM
“Lompat parti tidak salah, kecuali jika ahli politik dibayar” – Ketua Pesuruhjaya SPRM. Demikian tegas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki ketika mengulas gesaan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini.
“Lompat parti tidak salah dan terdapat juga mereka keluar parti jadi hebat, itu bukan satu kesalahan di negara kita,” katanya dalam sidang media Program Kerjasama Strategik Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) di ibu negara pada Selasa.
SPRM, bagaimanapun, tegas Azam, akan menyiasat sekiranya wujud amalan rasuah susulan tindakan ahli politik melompat parti.
“Kalau mereka yang kita siasat kebanyakan mereka yang meraih sokongan dan dikatakan membayar wang, itu kita siasat dibawah Akta Pilihan Raya, macam kes Ahli Parlimen Sekijang (PKR), Natrah Ismail baru-baru ini pun kita dah siasat dan tiada kes.
“Tidak ada pembayaraan yang dikatakan bernilai RM10 juta seperti disebut-sebut banyak pihak,” katanya lagi.
Jumaat lalu, Abdul Hamid dalam satu sidang media mengesa SPRM untuk menyiasat dakwaan unsur rasuah berkaitan ahli politik bertindak melompat parti bagi mendapatkan habuan.
Dakwa beliau, terdapat rasuah berlaku dalam politik termasuk amalan ‘membeli’ pemimpin lain serta mengugut individu yang enggan ‘dibeli’.
Saya tengok rasuah merata – rata, SPRM siasat ‘katak’ lompat parti – Hamid Bador
alo cik azam…
bagaimana dengan lompat parti sebab dijamin tak akan kena dakwa terima dana dari DS Najib yang kononnya dicuri dari 1MDB?