Ular sawa 150 kilogram ditangkap

Ular sawa 150 kilogram ditangkap
PEKAN – Ular sawa 150 kilogram ditangkap tapak projek solar dekat Kuala Pahang di sini, pagi semalam, mengejutkan pekerja tapak projek berkenaan.

Ular sawa sepanjang kira-kira enam meter itu dikesan pekerja tapak projek itu di dalam parit dalam kawasan projek berkenaan sekitar pukul 8 pagi.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pekan, Azamshah Apearal berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan reptilia itu kira-kira pukul 8.20 pagi.

“Seramai enam pegawai dan anggota APM daerah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan penemuan ular sawa berkenaan dan kami mengambil masa kira-kira 25 minit untuk menangkap dan mengalihkan ular sawa itu daripada parit terbabit.



“Kita terpaksa menggunakan lori dari tapak projek tenaga solar berkenaan untuk membawa ular sawa itu ke pejabat APM Pekan berikutan saiz sangkar dibawa pegawai dan anggota kami tidak boleh memuatkan ular terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Azamshah berkata, bagi memastikan reptilia terbabit tidak mengalami tekanan atau mati, pihaknya melepaskan ular sawa terbabit di kawasan hutan di sekitar daerah Pekan pada pukul 12 tengah hari semalam.

“Kami lepaskan ular sawa 150 kilogram yang ditangkap itu di lokasi yang sesuai dan jauh daripada ancaman manusia,”ujarnya. – K! ONLINE

Baca Juga : https://mykmu.net/2021/04/09/ular-sawa-10kg-dalam-mangkuk-tandas/



Sila like FB MYKMU

 

Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker