Saya tengok rasuah merata – rata, SPRM siasat ‘katak’ lompat parti – Hamid Bador

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat unsur rasuah berhubungan perbuatan melompat parti di negara ini.

Jelasnya, tambahnya, dia menentang rasuah dalam PDRM, namun pemimpin politik telah membudayakan rasuah.

“Saya lawan rasuah dalam pasukan, tapi saya tengok rasuah merata-rata dalam politik mabuk kuasa.

“Sekejap ‘katak’ melompat sana, sekejap berbunyi sana, apa itu? Rasuah,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Beberapa bulan lalu, sejumlah ahli Parlimen pembangkang keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim juga telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, setelah mendakwa ada anggota Parlimen daripada PKR yang mengaku ditawar sogokan untuk lompat parti.

KPN hentam campur tangan Menteri KDN pada sidang media terakhir

Sementara itu, tambah Abdul Hamid, SPRM tidak boleh membiarkan perkara itu berleluasa umpama negara tidak mempunyai undang-undang.

“Saya minta SPRM masuk (siasat). Seolah-olah dalam negara kita tidak ada undang-undang,” katanya.

Abdul Hamid turut mempersoalkan sumber diperolehi bagi seseorang ahli politik menggunakan jet peribadi. Dia bagaimanapun tidak menamakan pemimpin politik yang dimaksudkan.

“Mana dapat duit naik ‘private jet’. Kita minta SPRM siasat orang-orang politik,” katanya.

Untuk rekod, sidang media hari ini merupakan sidang media terakhir Abdul Hamid sebelum melepaskan jawatan sebagai ketua polis negara.

KPN : Saya dah bawa perkara ini kepada PM, tapi

Related Articles

2 Comments

  1. semasa ahli parlimen & adun UMNO lompat ke ppbm(semasa madey kutty jadi PM & ph jadi kerajaan)
    di mana suara hamid bador?
    tersekat kot sebab duduk ketat bawah ketiak madey kutty

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker