Rafizi stabil selepas serangan jantung

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menghidap penyakit jantung baru-baru ini, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

“Alhamdulillah, dua hari lalu saya dimaklumkan beliau semakin sihat dan insya-Allah tidak lama lagi beliau dapat melaksanakan tugasnya.

“Kita doakan yang terbaik untuk beliau,” jawabnya ringkas pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Difahamkan, ahli Parlimen Pandan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas mengalami serangan jantung.

Difahamkan juga, Rafizi berada di bawah pemerhatian doktor selepas menjalani prosedur pembedahan sten jantung.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah

Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker