Penjenayah tegar cuba tetak, panah polis maut kena 4 das tembakan



Sebaran :


SEMPORNA: Walaupun sudah terkena empat das tembakan kerana cuba menetak pasukan polis, seorang penjenayah tegar enggan mengalah malah cuba melastik anggota menggunakan anak panah besi, sebelum dia berjaya ditahan.

Dalam kejadian pada jam 9.30 malam Jumaat di Kampung Panji Semporna di sini, suspek berusia 40 tahun itu sempat dihantar ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan, namun disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, terdahulu suspek yang diburu bagi siasatan kes curi dan pecah rumah menyedari kehadiran pasukan serbuan polis dan telah bertindak agresif.



“Ketika pasukan serbuan membuka salah satu bilik tidur, suspek yang sedang duduk terus bangun mencapai parang dan melibas ke arah anggota polis, menyebabkan anggota itu melepaskan satu das tembakan untuk mempertahankan diri yang terkena paha kanan.

“Suspek terus cuba melibas ke arah anggota, memaksa pasukan melepaskan tiga das tembakan menyebabkan dia jatuh terbaring.

“Dia kemudian cuba melepaskan anak panah besi menggunakan lastik, namun polis berjaya menahannya,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.



Beliau berkata, polis merampas sebilah parang sepanjang 70 sentimeter, lastik dengan empat anak panah besi serta sebilah pisau.

Katanya, suspek yang juga pendatang asing tanpa izin warga Filipina itu merupakan penjenayah yang aktif melakukan jenayah sejak 2008 dan pernah empat kali dipenjara di bawah kesalahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, selain dipercayai terlibat dalam sembilan kes curi di daerah Semporna. Awani

Majikan pukul, ugut tembak pemandu peribadi ditahan polis


Sebaran :


Leave a Reply