Petisyen bantah bina SJKC Too Joon Hing raih 16,360 tandatangan



Sebaran :

Persatuan penduduk gesa Menteri Besar Selangor cari jalan penyelesaian

Sebanyak 16,360 tandatangan berjaya dikumpulkan menerusi petisyen atas talian ‘Bantahan Cadangan Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing di Bandar Kinrara Puchong Selangor setakat jam 8.30 malam tadi.

Petisyen dilancarkan oleh Persatuan Penduduk Bandar Kinrara (BK) itu bertujuan membantah sekeras-kerasnya pembinaan SJKC Too Joon Hing serta menyokong pembinaan sekolah kebangsaan untuk semua kaum.

Pengerusi Persatuan Penduduk BK5B Bandar Kinrara, Puchong Selangor, Mohamed Harun Mohamad Sidik berkata, pemaju di bawah pengurusan Perumahan Kinrara Berhad (PKB) sebelum ini telah menyediakan satu tapak untuk sebuah sekolah kebangsaan dibangunkan di fasa BK5B.



Bagaimanapun, katanya, sejak awal April 2021, penduduk di kawasan Bandar Kinrara dikejutkan dengan kerja-kerja pemindahan tanah secara tergesa-gesa yang menggusarkan penduduk di tapak berkenaan.

KPM digesa tukar status SJKC Too Joon Hing kepada sekolah kebangsaan

Katanya, pembinaan SJKC itu diketahui melalui maklumat daripada papan iklan yang dipasang.

Jelasnya, perkara itu jelas menimbulkan pelbagai persoalan daripada penduduk termasuk tiada sebarang notis, perbincangan atau tinjauan dilakukan oleh pihak terbabit bersama persatuan penduduk sebelum kerja-kerja pemindahan tanah dilakukan.



“Justeru, penduduk menganggap bahawa tanah tersebut telah diceroboh untuk tujuan pengkomersialan oleh pihak tertentu. Lebih memburukkan keadaan kami mendapati pokok-pokok ditapak tersebut tidak ditebang dengan baik dan ini membahayakan para penduduk yang berdekatan.

“Persoalan seterusnya ialah bagaimana sekolah ini yang pernah dirancang dibina di Taman Putra Prima Puchong dipindahkan ke Bandar Kinrara dengan kelulusan pihak-pihak tertentu termasuk penukaran status daripada SK kepada SJK(C). Kami mendesak persoalan ini dijawab oleh pihak berwajib secara telus.

SJKC diterima arus perdana? Hebat kamu ultra kiasu, sindir Ridhuan Tee

“Adakah kelulusan pembinaan SKJ(C) Too Hoon Jing di kawasan majoriti Melayu ini dibuat secara sambil lewa atau tidak melalui proses yang lebih berintegriti oleh pihak berwajib dengan tidak mengambil kira pendapat atau saranan persatuan penduduk sedia ada. Sekali lagi kami mendesak perkara ini dijawab oleh pihak yang berkenaan,” katanya.



Pada masa sama, Mohamed Harun menegaskan bahawa pihaknya tidak menolak pendidikan namun hanya meminta keadilan dalam pendidikan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Maka, katanya, pihaknya menggesa Menteri Besar Selangor, Kementerian Pendidikan (KPM), pejabat pendidikan daerah atau negeri, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) serta Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kinrara supaya berbincang dalam mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai isu pencerobohan tanah serta bantahan terhadap pembinaan SJKC Too Joon Hing.

Selain itu, pihaknya turut mencadangkan kerajaan dalam beberapa perkara termasuk membina sebuah sekolah kebangsaan di penempatan BK5B sama seperti perancangan asal demi kebaikan semua kaum di Bandar Kinrara dan kawasan-kawasan berdekatan.



Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’

“Memperbanyakkan pembinaan sekolah kebangsaan di seluruh negara ini supaya menjadi sandaran dan aspirasi semua rakyat dalam mencapai keharmonian dan integrasi nasional dengan lebih meluas sejak dari peringkat awal pendidikan anak-anak bangsa.

“Mewujudkan silibus tiga bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan bagi tujuan menghormati dan sekali gus memperkasakan anak-anak Malaysia dengan kemahiran bertutur dan memahami tiga bahasa utama ini sebagai persediaan karier yang semakin mencabar kini.

“Mengesyorkan ke arah satu jenis sekolah kebangsaan seperti negara-negara luar sebagai jangka masa panjang keharmonian integrasi nasional di Malaysia,” katanya.



Pembinaan SJKC Too Joon Hing ‘pencerobohan’ struktur sosial Melayu


Sebaran :


Leave a Reply