‘Tak perlu jadi Shahidan’ – Rozabil

#PRU15

‘Tak perlu jadi Shahidan’ – Rozabil

Sungai Buloh: “Saya tidak perlu jadi Datuk Seri Shahidan Kassim, sebaliknya membawa semangat dan kesinambungan jasa baik parti di Arau,” kata Datuk Rozabil Abd Rahman.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) itu berkata beliau juga bertekad melakukan yang terbaik bagi memastikan kerusi Arau kekal milik BN.



“Datuk Seri Shahidan sudah menabur bakti yang banyak di Arau malah pernah menjadi Menteri Besar Perlis. Dia sudah cukup popular dan dikenali di sini.

“Apa yang saya bawa, jasa beliau dikenang, tapi sokongan ahli Umno dan BN, harus tetap bersama BN.

“Semangat ini saya bawa dan naikkan dalam parti. Insya-Allah, saya buat yang terbaik untuk Arau. Tak perlu menjadi Shahidan, tapi menambah baik dan teruskan kesinambungan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Kenali Calon New-Gen BN Bersama KJ yang diadakan menerusi sesi siaran langsung di Facebook Khairy Jamaluddin, hari ini.



Khairy bertanya sama ada Tok Ben mampu menewaskan penyandang kerusi itu yang kini menjadi calon Perikatan Nasional (PN).

Selain Rozabil, calon BN lain yang terbabit pada sesi bersama Khairy itu ialah calon Parlimen Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, calon Parlimen Raub, Datuk Chong Sin Woon, calon Parlimen Kuala Langat, Datuk M Mohana, calon Parlimen Alor Gajah, Shahril Hamdan, calon Parlimen Tebrau, Nicole Wong, calon Parlimen Padang Serai, Datuk C Selvaraj dan calon Parlimen Putatan, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Selain itu Rozabil berkata, sekiranya diberi mandat beliau akan memastikan aktiviti pertanian yang menguasai 75 peratus sektor ekonomi di Arau akan terus berkembang maju.

“Saya tidaklah nak berjanji bawa KLCC atau bina Pavilion di sini, cuma keutamaan saya nak pastikan aktiviti pertanian terus berkembang maju.



“Di Arau ini, teknologi sudah dilaksanakan, ramai pemuda menggunakan dron untuk menyembur racun dan baja di sawah. Ia permulaan baik. Jadi, tugas saya sekarang nak bantu mereka untuk terus maju ke hadapan dengan teknologi lebih baik.

“Selain itu, kepada golongan muda yang berkemampuan untuk memulakan perniagaan, saya nak usahakan geran padanan dan bantu mereka sebaik mungkin supaya terus kekal menjana ekonomi negeri,” katanya. HM

‘Tak perlu jadi Shahidan’ – Rozabil


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka



Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker