Penentangan penjawat awam, menteri boleh dielak – Tok Mat

SEREMBAN: Penentangan terbuka antara penjawat awam dengan menteri akan dapat dielakkan jika profesionalisme kedua-dua pihak adalah pada tahap tertinggi.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, sistem tadbir urus kerajaan yang baik ialah perkhidmatan awam itu bebas daripada politik mamun ia berfungsi melaksanakan dasar yang digubal oleh eksekutif.

Eksekutif ini jelas beliau, terdiri dalam kalangan ahli politik yang mendapat mandat melalui pilihan raya.



Tambah Mohamad, operasi kerajaan adalah urusan penjawat awam dan terpulang kepada mereka untuk mengelolakanya dan dealnya tiada campur tangan politik dalam perkara operasi Kerajaan.

Namun ujar beliau lagi, dasar yang dilaksanakan mestilah dasar yang digubal oleh jemaah menteri dan menepati aspirasi kerajaan yang dipilih secara demokratik.

“Perkhidmatan awam yang bebas adalah sangat penting tanpa kebebasan, profesionalisme perkhidmatan awam akan dikompromi. Namun pemisahan total perkhidmatan awam dari campur tangan politik, memerlukan profesionalisme di kedua-dua pihak berada pada tahap paling tinggi.

Majikan pukul, ugut tembak pemandu peribadi ditahan polis



“Menteri mesti maklum dan tahu tentang kuasa dan had kepada kuasanya dan perkhidmatan awam pula mesti tahu tugas utama mereka, iaitu menterjemahkan dasar dan aspirasi kerajaan dengan professional dan setulusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau menambah, perkhidmatan awam tidak boleh lari daripada ‘scrutiny’ (pemerikasaan) awam kerana adalah sistem yang dibiayai oleh dana awam oleh itu standard akuntabiliti kepada rakyat adalah semaksimum mungkin.

“Kerana itu perlu ada pelbagai mekanisme bebas untuk menyiasat, menyemak dan mengemukakan pembaharuan kepada perkhidmatan awam dari semasa ke semasa,” katanya lagi.



Dalam pada itu, beliau berpandangan, Malaysia masih mempunyai ‘governance gap’ yang sangat ketara antara perkhidmatan awam jika dibandingkan dengan sektor swasta.

“Sektor swasta di Malaysia telah jauh ke hadapan dalam memperbaiki urus tadbir korporat dan perniagaan mereka melalui sistem kawal selia yang aktif dan ‘rigorous’.

“Ruang penambah baikan sistem tata kelola kerajaan masih sangat luas maka usaha ke arah itu mesti segera digiatkan demi perkhidmatan awam yang bebas dan berkelas dunia,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Pegawai awam tak boleh ‘cela’ kerajaan menerusi media, kata Takiyuddin ekoran ‘pendedahan’ KPN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker