Neelofa kantoi rentas negeri lagi, kali ini didakwa ke Nilai 3 beli karpet


BELUM reda lagi dengan nilai kompaun yang menjadi pertikaian kerana merentas negeri, selebriti dengan imej berpurdah, Neelofa sekali lagi ‘terkantoi’ kerana merentas negeri.

Beberapa pengguna laman sosial Twitter mendakwa yang Neelofa dan suaminya yang juga seorang pendakwah bebas, Haris Ismail telah dilihat berada di Nilai, Negeri Sembilan.

Hasil carian di laman sesawang mendapati kedai karpet yang dikunjungi Neelofa dan suaminya itu berada di pusat komersial Nilai 3, Negeri Sembilan.

Malah, Neelofa sebelum itu turut memuat naik video pemilik kedai karpet itu mempromosikan premis perniagaannya.

Namun, video tersebut telah dipadamkan oleh Neelofa di Instastory akaun Instagram miliknya. -SM

Sebelum ini Noor Neelofa Mohd Noor meminta semua pihak memberi ruang kepadanya untuk menyelesaikan secara profesional mengenai dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada majlis pernikahan dan menyalahguna kebenaran rentas negeri ketika ke Pulau Langkawi.

Usahawan yang juga isteri kepada pendakwah Haris Ismail tersebut berkata dia akan menyelesaikan isu tersebut dengan pihak polis secara tertutup tanpa tekanan daripada mana-mana pihak luar.

“Berikan saya ruang untuk selesaikan isu ini secara tertutup dan profesional dengan pihak berkaitan.

Rentas Negeri: Jawapan ‘Angkuh’, Netizen Mohon Neelofa Mintak Maaf Dan Mahu Boikot Neelofa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker