Rentas Negeri: Jawapan ‘Angkuh’, Netizen Mohon Neelofa Mintak Maaf Dan Mahu Boikot Neelofa

“Selain tudung dan susu pisang, apa lagi produk yang berkaitan Neelofa perlu diboikot?”.

Itu antara luahan netizen selepas mendengar kenyataan selebriti popular, Neelofa berhubung isu menyalahgunakan permit rentas negeri dan pelanggaran prosedur operasi standard  (SOP) pada majlis perkahwinannya baru-baru ini.

Dalam media sosial sejak semalam, rata-rata netizen berpendapat Neelofa sepatutnya meminta maaf atas kesalahan dilakukan dan bukannya mengeluarkan kenyataan berbaur angkuh.

“Minta maaf Neelofa, sebelum ini saya memang minat awak tetapi tidak lagi sekarang.

“Awak sepatutnya meminta maaf bukannya keluarkan kenyataan berlagak dengan rezeki diberikan,” tulis seorang netizen.

Malah, sehingga kini nama Neelofa juga sohor kini media sosial selepas mendapat hampir 21,000 ciapan memperkatakan tentang dirinya.

Semalam, Kosmo! melaporkan pelakon filem Azura 2012 itu memohon agar diberikan ruang menyelesaikan isu menyalahgunakan permit rentas negeri dan pelanggaran SOP majlis perkahwinannya secara profesional dengan pihak berkuasa.

Bekas Dewi Remaja 2009/2010 itu dan suaminya Haris Ismail juga selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi semalam.

Terdahulu, sejak minggu lalu nama pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac itu menjadi bualan hangat netizen selepas mereka dikatakan bersiar-siar, bermain jetski dan menaiki kereta kabel sebagai mana yang dikongsikan dalam Instagramnya ketika dalam tempoh lawatan kerja di pulau peranginan berkenaan-KO

Neelofa Minta Semua Bertenang “Tak lancar Lagi ‘Free Marketing’ Dah Gegar Satu Negara… Syukur..”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker