Tahniah!! Ayob Khan antara 12 pegawai kanan terima APC 2020 PDRM


KETUA Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2020 Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di Mes Pegawai Kanan Polis Bukit Aman hari ini.

Menerusi Facebook Polis Johor, seluruh warga PDRM Johor mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tersebut.

Selain Ayob Khan, 11 lagi pegawai kanan PDRM turut menerima APC hari ini.



Ini termasuk Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim dan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Turut menerima APC antaranya Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang, Datuk Othman Nanyan.

Selain sijil APC, pegawai terlibat turut menerima Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bernilai RM1,000.

Turut hadir, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Razarudin Husain, Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dan barisan Timbalan Pengarah PDRM serta para pegawai kanan.



Keseluruhannya seramai 10,137 penerima APC tahun 2020 bagi PDRM.

Ayob Khan, 55, dilantik sebagai Ketua Polis Johor berkuat kuasa 6 Mac tahun lalu.

Pegawai kanan polis yang berasal dari Kedah itu dikenali ramai kerana terlibat menangani kumpulan pengganas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.

Baca artikel berkaitan: Polis rampas dadah, Inspektor jual balik pada sindiket



Datuk Seri Nicky terlepas sebab maklumat operasi bocor, pegawai terlibat dikenal pasti – Ayob Khan

Setelah menerajui Polis Johor, Ayob Khan antara lain dikenali sebagai seorang ketua yang tegas menekankan aspek integriti dalam pasukan.

Terbaharu, beliau menjadi perhatian setelah pasukannya mengetuai tindakan ke atas kumpulan jenayah terancang diketuai Datuk Seri Nicky Liow. Utv

Ayob Khan pertahan tindakan ‘anak buah’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker