Menteri kena tahu had kuasa, kata Tok Mat


Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan mengingatkan Jemaah Menteri supaya tahu had dan kuasa yang ada pada mereka.

“Idealnya, tiada campur tangan politik dalam perkara operasi kerajaan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

“Namun pemisahan total perkhidmatan awam dari campur tangan politik, memerlukan profesionalisme di kedua-dua pihak berada pada tahap paling tinggi.”

Penjawat awam pula perlu tahu tugas mereka adalah menterjemah aspirasi kerajaan dengan profesional, kata beliau.

“Sistem tatakelola kerajaan yang sebaiknya adalah, perkhidmatan awam itu bebas dari politik, namun berfungsi melaksanakan dasar yang digubal oleh eksekutif yang terdiri dari kalangan ahli politik yang mendapat mandat melalui pilihan raya.

“Perkhidmatan awam yang bebas adalah sangat penting. Tanpa kebebasan, professionalisme perkhidmatan awam akan dikompromi,” kata beliau.

Sektor perkhidmatan awam tidak boleh lari dari pemerhatian umum, kata beliau, kerana ia adalah sistem yang dibiayai dana awam.

Maka, standard akauntabiliti kepada rakyat perlu dilaksanakan semaksima mungkin, tambah beliau.

“Kerana itu perlu ada pelbagai mekanisme bebas untuk menyiasat, menyemak dan mengemukakan pembaharuan kepada perkhidmatan awam dari masa ke semasa,” kata beliau.

“Ruang penambahbaikan sistem tatakelola kerajaan masih sangat luas. Maka usaha ke arah itu mesti segera digiatkan demi perkhidmatan awam yang bebas dan berkelas dunia.” FMT

KPN : Saya dah bawa perkara ini kepada PM, tapi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker