TMJ bidas ‘lalang’ tidak setia



Sebaran :

TMJ bidas ‘lalang’ tidak setia dengan JDT

Pemilik Kelab Johor Darul Ta’azim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mempertahankan pasukannya dan membidas sikap ‘lalang’ segelintir penyokong yang tidak setia terutama di saat sukar ketika ini.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) bersuara selepas pasukannya diserang’ dengan pelbagai kritikan termasuk desakan untuk memecat ketua jurulatihnya, Benjamin Mora.



Perkara itu berlaku ekoran kekalahan 0-1 kepada Terengganu FC pada minggu lalu dan terbaharu diikat 1-1 oleh Kuala Lumpur City FC hingga mula menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir penyokong yang mahu kedudukan Mora dinilai semula.

“Ini bukan masa untuk salahkan sapa sapa. Ini masa kita berjuang hingga habis bersama. Kalah menang kita lawan! Susah senang bersama. Bukan bersama ketika menang saja. Awak sakit hati?

”Bayangkan orang yang letak duit berjuta-juta, tetapi saya berjanji susah senang, kalah menang ataupun tiada piala saya bersama-sama kelab JDT ini, ‘never leave a man behind’.



“Kita Johor, jangan terikut budaya tuding jari. Apa-apa berlaku saya bertanggungjawab,” katanya menerusi ciapan di laman sosial Instagram.

Kemampuan JDT untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini sedikit goyah, malah misi untuk meraih gelaran buat kali kelapan berturut-turut kelihatan sukar.

Skuad Harimau Selatan ketika ini mengumpul 24 mata daripada 11 aksi dan hanya dibezakan satu mata dengan Kedah Darul Aman FC di tangga kedua, manakala Terengganu FC ketiga dengan 21 mata. MG



[VIDEO] JDT Kalah Di Laman Sendiri, Sekali TMJ Masuk Bilik Persalinan Pemain Terengganu FC Buat Kejutan


Sebaran :


Leave a Reply