Mafia mampu ‘beli dan kuasai’ tampuk PDRM, tentukan kedudukan pegawai – KPN


“PADA suatu ketika, nasib seorang pegawai (polis) sama ada kekal jawatan disandang, naik pangkat atau dapat jawatan empuk-empuk ditentukan orang luar,” demikian pendedahan terbaharu Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Benarkah berlaku? Tanyalah pesara polis (isu campur tangan ini). Tak elok sangat perkara ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan saya harap generasi pelapis polis seterusnya tidak berkompromi dalam isu ini,” katanya dalam sesi temu bual eksklusif bersama wartawan Harian Metro.

Abdul Hamid berkata, tidak dinafikan wujud anasir ‘mafia’ (penjenayah) yang begitu berkuasa hingga mampu mencampuri urusan dalaman (pentadbiran) dan penjawatan PDRM.

Kataya, perkara itu bukan lagi rahsia mengejutkan sejak beliau menyertai PDRM empat dekad lalu berikutan anasir jahat terbabit kerap berusaha ‘membeli’ dan ‘menguasai’ tampuk PDRM.



“Dulu pernah berlaku individu yang mengugut dengan kata-kata ‘You mau tukar ke? 24 jam saya boleh bagi you tukar (dipindahkan ke jabatan atau ibu pejabat polis lain ) tau?’

“Cerita ini memang ada (wujud). Tanyalah pada beribu pesara polis di luar sana berkaitan perkara ini.

“Tanya dengan ikhlas…jangan cakap berlapik-lapik (isu campur tangan orang luar). Berlaku atau tidak perkara ini,” katanya.

Abdul Hamid berkata, bukan perkara aneh apabila seorang pegawai polis boleh ditukar atas arahan mafia di luar sana.



Menurutnya, tidak sepatutnya berlaku campur tangan luar dalam tugas pegawai polis yang menjalankan siasatan kes.

“Bukan bermakna PDRM letak barrier ( halangan ) namun tidak sepatutnya berlaku campur tangan untuk mengubah dasar dan hala tuju PDRM.

“Memang memeningkan dan ia tidak sepatutnya berlaku (tekanan dari luar). Polis perlu profesional dan ambil tindakan seadil-adilnya,” katanya.

Beliau memaklumkan sudah berusaha mengambil pendekatan membersihkan PDRM dari sudut integriti supaya polis tidak dijadikan alat untuk memenuhi agenda pihak tertentu.



“Walaupun saya sudah bersara nanti…saya akan perhatikan sama ada perkara ini berlaku atau tidak. Selagi saya masih jadi Ketua Polis Negara…saya akan kata no (tidak),” katanya.

Menurutnya, suasana negara tidak akan aman sekiranya sistem keadilan tidak dilaksana dengan telus.

Ditanya berhubung ada kalangan penjenayah menjual namanya ketika ditahan anggota polis, beliau memberitahu sudah memaklumkan anggotanya supaya tidak gentar ambil tindakan.

“Memang ada orang (penjenayah) dabik dada dakwa kenal saya atau pegang IGP (Ketua Polis Negara )



“Saya dah maklumkan kepada anggota (polis)…dari balai kecil hingga anggota polis di Bukit Aman supaya jangan takut situasi begini (ugutan penjenayah).

“Balik ke balai polis dan buat laporan. Itu ugutan dan jangan gentar pada individu mendakwa kenal IGP. Jika kawan saya…mustahil individu terbabit gunakan nama saya untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Pada 23 Mac lalu, Hamid Bador mendedahkan maklumat anggota dan pegawai PDRM didakwa mewujudkan kartel bagi menguasai jawatan penting selain menjatuhkan pegawai atasan.

Menurutnya, individu PDRM terbabit didakwa ada elemen dan hubungan akrab dengan tauke dadah dan judi.



Abdul Hamid memberi amaran supaya hubungan antara polis dan penjenayah terbabit diputuskan sebelum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan.

Difahamkan sejak Hamid Bador dilantik Ketua Polis Negara pada 2019, hampir 100 anggota polis sudah diberkas SPRM atas jenayah. Utv

Saya tengok rasuah merata – rata, SPRM siasat ‘katak’ lompat parti – Hamid Bador



Related Articles

One Comment

  1. pengganas LTTE pun sama seperti mafia
    sekarang ini mereka mengedar dadah untuk biaya aktiviti perjuangan mereka
    mereka tidak lagi berjuang menggunakan keganasan untuk menuntut & mewujudkan sebuah negara tamil
    dengan wang dadah…
    mereka melobi(selalunya berlaku rasuah) orang politik seluruh dunia supaya menyokong perjuangan mereka
    Malaysia tidak terkecuali
    lihat saja bagaimana madey kutty terpaksa akur dengan tommy thomas gugur kes adun dap terlibat sokong LTTE
    Ayob Khan pula yang mengetuai pasukan anti pengganas pada masa itu….
    tiba2 diarah tukar jawatan menjadi ketua polis negeri Johor
    perkara ini berlaku semasa madey kutty jadi PM & pakatan tak boleh diharap jadi kerajaan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker