Kerusi No. 2 PDRM milik siapa?

 

 

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain.

PETALING JAYA: Tiga nama pengarah di Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disebut-sebut bakal mengisi jawatan Timbalan Ketua Polis Negara yang dikosongkan Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Antara nama yang disebut-sebut adalah Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Hussain.



Sumber mendedahkan kepada Mingguan Malaysia, tiga nama tersebut adalah antara calon dikemukakan pengurusan tertinggi PDRM bagi menggantikan tempat Acryl Sani selepas beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa Selasa ini.

Bagaimanapun kata sumber, siapa memegang jawatan itu tertakluk kepada keputusan dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

“Apa yang pasti, mengikut tradisi tugas itu diserahkan kepada pegawai senior dan antara mereka bertiga, sudah pasti Zamri antara yang senior,” katanya di sini semalam.

‘Perang’ Ketua Polis Negara vs Menteri KDN perlu penyelesaian segera!



Pada masa sama, kata sumber itu, timbul desas desus mendakwa jawatan Pengarah Cawangan Khas yang kini dipegang oleh Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan yang kontraknya tamat tidak lama lagi turut digantikan oleh seorang pesara PDRM.

Namun, kata sumber itu, tiada kepastian mengenai perkara berkenaan dan menyifatkannya tidak sepatutnya berlaku memandangkan tahap pemikiran individu yang tidak lagi berkhidmat berbeza dengan mereka berada dalam pasukan.

Kelmarin, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mencadangkan nama Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang baharu.



Abdul Hamid berkata demikian ketika ditanya siapa yang akan menjadi Timbalan KPN apabila penggantinya Acryl Sani Abdullah menggalas tugas baharu, ketika sidang akhbar di Bukit Aman.

Beliau turut mengakui tiga pengarah paling kanan yang sesuai diletakkan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara adalah Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Nama Ayob Khan dicadangkan Abdul Hamid supaya beliau dapat meneruskan usahanya membendung jenayah di negara ini.

Mengikut rekod, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Abd. Rahim Jaafar; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob masing-masing dijangka bersara bulan ini. – UTUSAN ONLINE



‘Tangan ghaib’ kawal polis – Tan Sri Musa Hassan



Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker